The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Siaran Media - Majlis Pelancaran Buku Mewah Setiu Wetlands

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
Kuala Terengganu: Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berangkat mencemar duli melancarkan buku mewah bertajuk ‘Permata Negeri Terengganu: Setiu Wetlands’ yang diterbitkan oleh WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic”).
Buku mewah ini menonjolkan keunikan dan keindahan Setiu Wetlands dengan memuatkan koleksi gambar serta fakta menarik hasil daripada kajian dan kerja lapangan serta interaksi bersama masyarakat tempatan. Karya ini dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran tentang keistimewaan alam semula jadi di Setiu Wetlands serta kepentingan usaha pemuliharaannya.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tunku Muhriz, Presiden WWF-Malaysia berkata penerbitan buku mewah ini adalah langkah penting dalam memupuk kesedaran tentang Setiu Wetlands sebagai permata semula jadi yang harus terus dipelihara demi kelestarian generasi kini dan masa depan. “Buku mewah ini juga adalah simbol penghargaan kepada masyarakat tempatan Setiu Wetlands, yang selama ini menjadi tunjang kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia,” kata beliau.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata buku mewah ini juga melambangkan pencapaian usaha sama antara CIMB Islamic dan WWF-Malaysia dalam memulihara Setiu Wetlands sejak tahun 2019 lagi. Kerjasama ini telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh perlindungan dan pengurusan Setiu Wetlands serta pemerkasaan komuniti tempatan.
“CIMB Islamic sentiasa komited untuk menyepadukan pemuliharaan alam sekitar ke dalam penyelesaian kewangan, seperti yang ditunjukkan melalui sokongan kami dalam usaha pemuliharaan biodiversiti dan pemulihan ekosistem di Setiu Wetlands, didorong oleh keunikan dan peranan kritikalnya bagi kehidupan masyarakat tempatan. Berpandukan prinsip Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI), kami memastikan produk dan perkhidmatan kami mencipta impak positif dan mampan kepada komuniti tempatan serta alam sekitar. Kami percaya kemajuan kewangan dan pengawasan alam sekitar dapat wujud bersama untuk kepentingan generasi akan datang, dan berharap lebih banyak pihak menyertai kami dalam usaha memulihara alam semula jadi Malaysia,” tambah beliau.
CIMB Islamic terus komited dalam menyokong inisiatif-inisiatif lestari, terutamanya melalui Akaun Simpanan EcoSave-i yang menawarkan kemudahan pembukaan akaun secara dalam talian sepenuhnya. Inisiatif ini ialah usaha CIMB Islamic untuk memupuk kesedaran alam sekitar dan memberi peluang kepada pelanggan menyumbang impak secara tidak langsung terhadap pemuliharaan alam. CIMB Islamic memperuntukkan 0.2% daripada jumlah baki purata akaun EcoSave-i setiap tahun (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk menjalankan pelbagai projek dan aktiviti yang memfokuskan kelestarian, termasuk inisiatif pemuliharaan, program pendidikan, dan latihan pembangunan komuniti. Ini sejajar dengan komitmen kelestarian CIMB dalam memupuk impak positif dan berpanjangan.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
[TAMAT]
Mengenai WWF-Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian WWF, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa. Usaha WWF-Malaysia untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar bertumpu kepada enam matlamat utama - hutan, laut, hidupan liar, makanan, iklim dan tenaga, serta air tawar - dan tiga pemacu utama kepada masalah persekitaran iaitu pasaran, kewangan dan tadbir urus.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari pautan:
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/