What would you like to search for?

Our News

Letter to Editor: Making Plastic-Free A Habit

The Selangor Government’s initiative to expand its plastic bag ban to three days a week  from just Saturdays is a commendable step forward in combating plastic waste. It is an effort that aims not only to mitigate the problems caused by plastic pollution but also seeks to address the challenges ingrained in our collective behaviours that go against making sustainability a habit.

Notoriously, addressing the challenges of ingrained behaviours and systemic inefficiencies requires collaborative solutions from both the government and the community, and the expansion of the plastic-free campaign is expected to build on the success of programmes like door-to-door recycling initiatives, which have demonstrated the potential of collective action. Community-driven waste management efforts, when paired with robust policy, can lead to tangible reductions in plastic waste. With this, Selangor can further decrease plastic dependency, aligning with its broader goals of reducing landfill reliance and promoting a circular economy.

Extending the ban would urge consumers to rethink their reliance on single-use plastics. It pushes businesses to explore sustainable alternatives and encourages the general public to adopt reusable bags. However, the ban’s success hinges on addressing underlying behavioural challenges. Many of us have reusable bags at home but often forget to bring them with us when we leave the house. This is particularly problematic for individuals without personal vehicles or sufficient carrying space thereby making the availability of plastic bags at checkout the default choice due to its convenience. 

By removing this option for three days a week, consumers will gradually adapt to remembering their reusable bags. Knowing is half the battle against plastics, and making sure that the general public are aware of the three-day ban would move them towards remembering to bring reusable bags with them for any weekend excursions. Over time, the habit of remembering to bring reusable bags around can become second nature, reducing overall plastic usage.

To complement the plastic bag ban, the government and businesses should introduce practical solutions that make sustainable practices easier for everyone. Plastic waste is just one piece of the puzzle. Items like tetrapacks, food-contaminated containers, and other non-recyclables present additional challenges. Many of these materials are either difficult to recycle or end up contaminating recycling streams, reducing overall efficiency. Compostable materials, for example, should not be sent to landfills but instead processed through proper composting systems. Educating the public on what can and cannot be recycled is critical. Clear guidelines, combined with accessible facilities, can reduce contamination rates and improve the efficacy of recycling programs.

Ultimately, the responsibility to reduce plastic waste lies with all of us. Consumers must push for greater accountability from businesses to adopt sustainable practices. As the saying goes, “the customer is always right in matters of taste”—and it’s time to demand products and packaging that reflect our move away from single-use plastics.

Just as humanity transitioned from horses and carts to automobiles and from candles to lightbulbs, we can transition away from single-use plastics. However, this shift requires making sustainable options readily available and, in an ideal world, free of charge. By doing so, we can change the perception of reusable items from being mere commodities to essential tools for a sustainable future. As a community, we have the power to drive this change. We must demand more from businesses and policymakers while adopting sustainable habits in our daily lives. Together, we can create a future where sustainability is not just an ideal but a way of life.

 
- ENDS -


About WWF-Malaysia
Established in 1972, WWF-Malaysia is part of WWF, the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and wildlife, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major goals - forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater – and three key drivers of environmental problems – markets, finance and governance. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

Find our latest news here:
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/
 
 

Surat Kepada Editor: Amalan Bebas Plastik, Langkah Kelestarian Alam

Inisiatif Kerajaan Selangor untuk memperluaskan larangan penggunaan beg plastik kepada tiga hari seminggu daripada hanya hari Sabtu adalah satu langkah ke hadapan yang terpuji dalam menangani isu pencemaran sisa plastik. Ia adalah satu usaha yang bertujuan bukan sahaja untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh pencemaran plastik tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada plastik yang sudah menjadi sebahagian daripada tabiat masyarakat yang bertentangan dengan nilai kelestarian.

Cabaran mengubah tingkah laku yang telah tertanam dan sebati dengan masyarakat memerlukan penyelesaian kolaboratif daripada kerajaan serta komuniti, dan pelaksanaan kempen hari tanpa beg plastik daripada satu hari ke tiga hari dijangka memacu inisiatif kitar semula dari pintu ke pintu, yang mempunyai potensi untuk dilaksanakan secara luas. Usaha pengurusan sisa yang didorong oleh komuniti, dan disokong dengan dasar yang mantap, boleh membawa kepada pengurangan ketara dalam sisa plastik. Dengan itu, Selangor boleh mengurangkan lagi kebergantungan plastik, sejajar dengan matlamat besarnya untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan, selain menggalakkan ekonomi kitaran.

Perluasan larangan itu secara amnya akan menggesa pengguna untuk menilai semula kebergantungan mereka pada plastik sekali guna. Ia bakal mendorong perniagaan untuk meneroka alternatif yang mampan selain menggalakkan orang ramai untuk menggunakan beg guna semula. Walau bagaimanapun, keberkesanan larangan itu bergantung pada menangani cabaran tingkah laku yang sudah menjadi kebiasaan. Ramai di antara kita mempunyai beg yang boleh diguna semula di rumah tetapi sering terlupa untuk membawanya apabila keluar rumah. Ia menjadi bermasalah bagi individu yang tidak mempunyai kenderaan peribadi atau ruang muatan yang mencukupi sehingga menjadikan ketersediaan beg plastik di kaunter bayaran pusat beli belah sebagai pilihan kerana mudah dan senang.

Sekiranya larangan beg plastik dilaksanakan tiga hari seminggu, pengguna akan menyesuaikan diri secara beransur-ansur supaya membawa beg boleh guna semula mereka. Dari masa ke semasa, sifat itu akan menjadi tabiat sekaligus mengurangkan penggunaan plastik secara keseluruhan.

Bagi memastikan kempen larangan penggunaan plastik berjalan dengan lancar, pihak berwajib serta perniagaan perlu memperkenalkan solusi yang praktikal supaya amalan kelestarian mampu dilaksanakan dengan mudah dan berterusan dalam komuniti. 

Selain sisa plastik, item seperti tetrapack, bekas makanan plastik tercemar dan lain-lain yang tidak boleh dikitar semula memberikan cabaran tambahan. Kebanyakan bahan ini sukar untuk dikitar semula, sekaligus mengganggu dan mengurangkan kecekapan keseluruhan sistem kitar semula. Bahan kompos, sebagai contoh, tidak boleh dihantar ke tapak pelupusan tetapi sebaliknya perlu diproses melalui sistem pengkomposan yang betul. Mendidik orang ramai tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dikitar semula adalah kritikal. Garis panduan yang jelas, digabungkan dengan kemudahan yang boleh diakses, mampu mengurangkan kadar pencemaran dan meningkatkan keberkesanan program kitar semula.

Akhirnya, langkah mengurangkan sisa plastik adalah tanggungjawab kita semua. Pengguna perlu menggesa perniagaan untuk mengamalkan amalan mampan dan mesra alam. Sudah tiba masanya untuk pengguna menuntut produk dan pembungkusan yang mencerminkan rasa tidak suka kita terhadap plastik.

Sama seperti manusia beralih daripada kuda dan kereta kepada kereta dan daripada lilin kepada mentol, kita boleh beralih daripada plastik sekali guna. Walau bagaimanapun, peralihan ini memerlukan pilihan yang mampan serta dalam dunia yang ideal, secara percuma. Dengan berbuat demikian, kita boleh mengubah persepsi barangan boleh guna semula daripada sekadar komoditi kepada peralatan penting untuk masa depan yang mampan. Sebagai sebuah komuniti, kita mempunyai suara untuk memacu perubahan ini. Kita mesti menuntut akauntabiliti daripada perniagaan dan penggubal dasar sambil mengamalkan gaya hidup mesra alam. Bersama-sama, kita boleh mencipta masa depan di mana kemampanan adalah sebahagian daripada amalan hidup.
 

 
- TAMAT -


Mengenai WWF-Malaysia

World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian World Wide Fund for Nature (WWF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar. Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia mempunyai misi menghentikan degradasi alam semula jadi bumi dan membina masa hadapan yang harmoni untuk manusia dan alam sekitar. Kebanyakan kerja WWF-Malaysia bertumpu kepada enam fokus, iaitu hutan, laut, air tawar, hidupan liar, makanan, serta iklim dan tenaga.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari laman web kami di 
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/
 

Share This!

Help us spread the message