The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Media Release: PERHILITAN-led National CA|TS Committee for Malayan Tiger Conservation, backed by WWF-Malaysia
25 July 2024, Kuala Lumpur - In a significant move to reverse the decline of the Malayan tiger, the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has appointed the Department of Wildlife and National Parks (PERHILITAN) to lead the Conservation Assured | Tiger Standards (CA|TS) initiatives in Malaysia. This decision was made by the National Tiger Task Force (MyTTF) that marks a major step forward in tiger conservation efforts.
The CA|TS programme is an international accreditation scheme designed to enhance tiger conservation and promote recovery through effective management practices. It employs science-based standards focusing on tiger-centric elements such as tiger and prey monitoring, protection regimes, and anti-poaching measures.
In 2023, the Royal Belum State Park (RBSP) in Perak became the first and only site in both Malaysia and Southeast Asia to receive the prestigious CA|TS Approved award. This achievement positions RBSP as a model for successful tiger conservation, reflecting the Perak State government's commitment to preserving Malaysia’s iconic species. Building on this success, PERHILITAN has chaired the newly formed National CA|TS Committee on 17 July 2024 at the Hyatt Regency Hotel in Kuantan, Pahang. The meeting was participated by the representatives from federal agencies such as the Forestry Department of Peninsular Malaysia and NRES, eight Tiger Range States, and WWF-Malaysia as the Technical Support Group to the committee.
“Our commitment to saving the Malayan tiger is unwavering, and the CA|TS initiatives are a testament to our dedication. By adhering to these rigorous standards, we not only enhance our conservation efforts but also set a benchmark for other regions. The recognition of Royal Belum State Park as a CA|TS Approved site is just the beginning. We aim to replicate this success across all tiger habitats in Malaysia, ensuring a sustainable future for our iconic species,” said Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim, Director General of PERHILITAN, Chair of the CA|TS National Committee.
“WWF-Malaysia is honoured to be part of the National CA|TS Committee with the federal agencies, the Forestry Department of Peninsular Malaysia, NRES and all tiger range states. This collaboration is vital for protecting the Malayan tiger and ensuring its sustainable future. By adhering to CA|TS standards, we aim to enhance our conservation efforts and create a safe haven for the Malayan tiger,” said Dr. Henry Chan, Conservation Director of WWF-Malaysia.
Malaysia now joins India, Nepal, China, and Bhutan as the fifth country to establish a CA|TS National Committee, underscoring its commitment to global tiger conservation standards.
This committee serves as a platform for Federal and State governments to collaborate and synchronise their efforts to preserve the Malayan tiger, a national symbol. It is hoped that other tiger range states in Malaysia, particularly those with crucial tiger landscapes such as Pahang, Terengganu, Kelantan, and Johor, will follow suit. This will enhance the government’s ongoing efforts to save the Malayan tiger, whose population is estimated to be fewer than 150 individuals.

- ENDS -
About WWF-Malaysia
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) was established in 1972 and is part of World Wide Fund for Nature (WWF), the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and nature, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major themes: forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.
Find our latest news here:
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/
-
PERHILITAN memimpin Jawatankuasa CA|TS Kebangsaan untuk Pemuliharaan Harimau Malaya, disokong oleh WWF-Malaysia
25 Julai 2024, Kuala Lumpur - Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan populasi Harimau Malaya, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) telah melantik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk menerajui Jawatankuasa Kebangsaaan Conservation Assured | Tiger Standards (CA|TS) di Malaysia. Keputusan ini telah dipersetujui melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) pada Oktober 2023 yang lalu.
CA|TS merupakan skim akreditasi antarabangsa yang direka bentuk khusus untuk meningkatkan populasi harimau melalui keberkesanan pengurusan habitat Harimau Malaya. CA|TS mengandungi piawaian berasaskan sains dimana ianya menerapkan elemen-elemen penting dalam melindungi harimau melalui tadbir urus yang efektif seperti keperluan sistem pemantauan harimau dan mangsanya, integrasi strategi perlindugan di dalam pelan pengurusan dan langkah-langkah pencegahan pemburuan haram di kawasan habitat.
Pada tahun 2023, Taman Negeri Royal Belum (TNRB) di Perak telah menjadi tapak yang pertama dan satu-satunya di Malaysia serta Asia Tenggara yang telah menerima anugerah akreditasi CA|TS. Pencapaian ini telah menjadikan TNRB sebagai model pengurusan habitat harimau yang efektif sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan negeri Perak dalam memelihara spesies ikonik Malaysia. Mengambil contoh kejayaan CA|TS di negeri Perak, PERHILITAN telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan CA|TS yang pertama pada 17 Julai 2024 di Hotel Hyatt Regency, Kuantan Pahang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada agensi persekutuan seperti NRES, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), wakil-wakil negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor serta WWF-Malaysia sebagai kumpulan sokongan teknikal kepada jawatankuasa tersebut.
“PERHILITAN adalah komited dalam menyelamatkan Harimau Malaya dan menerajui inisiatif CA|TS adalah bukti kepada dedikasi ini. Pematuhan yang ketat kepada piawaian CA|TS akan meningkatkan usaha pemuliharaan Harimau Malaya serta menjadi penanda aras kepada negara lain. Pengikitirafan CA|TS di TNRB merupakan permulaan kepada perkembangan CA|TS di habitat harimau lain di negara ini, sekaligus menjamin kesinambungan spesis ikonik Malaysia di masa hadapan” kata Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CA|TS.
“WWF-Malaysia berbesar hati menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa CA|TS Kebangsaan bersama agensi persekutuan seperti NRES dan JPSM serta wakil-wakil negeri yang lain. Kerjasama ini adalah penting untuk melindungi Harimau Malaya dan memastikan spesies ini mempunyai masa depan yang terjamin. Dengan mematuhi piawaian CA|TS, kami berhasrat untuk meningkatkan usaha pemuliharaan harimau dengan mewujudkan habitat yang selamat untuk Harimau Malaya,” kata Dr. Henry Chan, Pengarah Pemuliharaan WWF-Malaysia.
Malaysia merupakan negara kelima yang menyertai negara-negara lain seperti India, Nepal, China, dan Bhutan dalam menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan CA|TS, sekaligus mempamerkan komitmen kerajaan yang tinggi terhadap piawaian pemuliharaan harimau di peringkat global.
Jawatankuasa Kebangsaan CA|TS berfungsi sebagai platform untuk kerajaan Persekutuan dan Negeri bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka untuk memelihara Harimau Malaya, yang menjadi simbol kebangsaan negara ini. Diharapkan negeri-negeri habitat harimau yang lain di Malaysia, terutamanya yang mempunyai landskap harimau penting seperti Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Johor, akan menyokong pelaksanaan CA|TS di negeri masing-masing. Ini akan meningkatkan usaha berterusan kerajaan untuk menyelamatkan Harimau Malaya, yang populasinya dianggarkan kurang daripada 150 individu.

- TAMAT -
Mengenai WWF-Malaysia
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian World Wide Fund for Nature (WWF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar. Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia mempunyai misi menghentikan degradasi alam semula jadi bumi dan membina masa hadapan yang harmoni untuk manusia dan alam sekitar. Kebanyakan kerja WWF-Malaysia bertumpu kepada enam fokus, iaitu hutan, laut, air tawar, hidupan liar, makanan, serta iklim dan tenaga.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari laman web kami di
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/