What would you like to search for?

Our News

Press Release - Running for the majestic stripes: WWF-Malaysia and Maybank's Global Tiger Day 'Run For Tigers' 2024 to drive impactful conservation efforts

WWF-Malaysia-Maybank hosts fun-filled day event to raise awareness for the conservation of the Malayan tiger.
 

 

21 July 2024, Kuala Lumpur - In celebration of Global Tiger Day 2024, “Run For Tigers” - a 3.5 km Fun Run event organised by WWF-Malaysia in partnership with Maybank kicks off on Sunday, 21 July 2024, at Kepong Metropolitan Park, Kuala Lumpur, from 6:30 am to 9:30 am. The event is aimed at raising awareness and funds for the conservation of the critically endangered Malayan tiger. 
 

Officiating the event is Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, who will also participate in the run, accompanied by WWF-Malaysia President, YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, and WWF-Malaysia Chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Also attending the event are Chairman of Maybank Group & Maybank Foundation, Tan Sri Dato' Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa; and Deputy Director-General (Conservation) of PERHILITAN, Dato' Fakhrul Hatta Musa.
 

'Run For Tigers 2024' promises to be a fun family day with activities for all ages. Participants can choose to dress up as any wild animal or even plant species found in Belum-Temengor Forest Complex in the "Run with Your Costume On" contest, for a chance to win the best-dressed cash prize of RM250. The event will feature a warm-up session, a mini obstacle course, face painting, and interactive programmes related to Malayan Tiger conservation efforts. These activities are designed to engage the public and provide a deeper understanding of the importance of tiger conservation.
 

With fewer than 150 Malayan tigers left in the wild, this event is crucial for raising awareness and keeping the national icon at the forefront of public consciousness. 
 

“As we embark on this run, let us remember that our efforts are not just about a single day, but about a continuous commitment to conservation. Collaboration is key, and we must all work together even more strongly to ensure that the Malayan tiger not only survives but thrives in its natural habitat. The support from PERHILITAN, Perak State Parks Corporation (PSPC), the Peninsular Malaysia Forestry Department and other NGOs – RIMAU, Wildlife Conservation Society (WCS), PELINDUNG and TRAFFIC, Panthera, MYCAT, and all of our donors, has been invaluable in these efforts. Together, we have made significant strides, but there is still much to be done,” said WWF-Malaysia Chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
 

“The Malayan tiger remains gravely under threat, and we must remain vigilant in our conservation efforts. Our partnership with WWF-Malaysia includes strengthening prey augmentation, enhancing community engagement, and very importantly, supporting effective Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) management to provide a safe habitat for these magnificent creatures,” said Chairman of Maybank Group & Maybank Foundation, Tan Sri Dato' Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa.  

 

"Our partnership with WWF-Malaysia underscores Maybank's commitment to environmental sustainability and wildlife protection. The 'Run For Tigers' is not just an event, but a movement to galvanise support for the Malayan tiger and drive impactful conservation efforts,” said Izlyn Ramli, Head of Group Corporate Affairs at Maybank and CEO of Maybank Foundation.
 

“Every step taken in this run represents a step towards a future where Malayan tigers thrive in their natural habitat. Collective efforts today are a pledge to protect these magnificent creatures for generations to come,” said Sophia Lim, Executive Director/CEO of WWF-Malaysia.
 

Since 2016, the 'Strengthening Tiger Conservation in the Belum-Temengor Forest Complex' programme has achieved significant progress, including the deactivation of 238 active snares and maintaining zero active snares since 2022. In 2023, Royal Belum State Park became the first site in Malaysia and Southeast Asia to receive CA|TS accreditation, recognising its exceptional tiger conservation efforts.
 

This year marks the third phase of the partnership between WWF-Malaysia and Maybank, focusing on protecting tigers, monitoring their populations, increasing prey availability, empowering local communities, and supporting effective CA|TS management.
 

Learn more about how you can help save our majestic Malayan tigers, visit wwf.org.my/tiger2024
 

- ENDS -

About WWF-Malaysia

World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) was established in 1972 and is part of World Wide Fund for Nature (WWF), the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and nature, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major themes: forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.
Find our latest news here:
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/

About Maybank

Maybank is among Asia's leading financial groups and Southeast Asia’s fourth largest bank by asset with close to 44,000 employees worldwide. The Group has an international network of some 2,600 offices in 18 countries including all 10 ASEAN countries and also present in international financial centres such as London, New York, Hong Kong and Dubai. With a purpose to Humanise Financial Services and guided by its M25+ strategy, Maybank provides any array of value-based solutions established on sustainable and ethical principles to meet its customers evolving needs. These extensive range of products and services, include consumer and corporate banking, investment banking, Islamic banking, stock broking, insurance and takaful and asset management. (www.maybank.com)



 Larian demi Si Belang: WWF-Malaysia & Maybank Anjur
‘Run For Tigers’ Sempena Hari Harimau Sedunia 2024 untuk Menggerakkan Usaha Pemuliharaan Berimpak
WWF-Malaysia-Maybank menganjurkan acara penuh keseronokan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan Harimau Malaya.
 

21 Julai 2024, Kuala Lumpur – Bersempena Hari Harimau Sedunia 2024, “Run For Tigers” - acara Larian Santai 3.5 km yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia dengan kerjasama Maybank akan bermula pada hari Ahad, 21 Julai 2024, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, dari pukul 6:30 pagi hingga 9:30 pagi. Acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana bagi pemuliharaan Harimau Malaya yang terancam kritikal.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Kelestarian Alam, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, yang juga akan turut serta dalam larian tersebut, diiringi oleh Presiden WWF-Malaysia, YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, dan Pengerusi WWF-Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Maybank & Yayasan Maybank, Tan Sri Dato' Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa, serta Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) PERHILITAN, Dato' Fakhrul Hatta Musa.

Run For Tigers 2024' menjanjikan hari keluarga yang penuh keseronokan dengan aktiviti untuk semua peringkat umur. Para peserta boleh memilih untuk berpakaian seperti mana-mana haiwan liar atau spesies tumbuhan yang ditemui di Kompleks Hutan Belum-Temengor dalam pertandingan “Run with Your Costume On”, dengan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM250 bagi kostum terbaik. Acara ini akan menampilkan sesi pemanasan badan, mini halangan, lukisan muka, dan program interaktif berkaitan usaha-usaha pemuliharaan Harimau Malaya. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk melibatkan orang ramai dan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan pemuliharaan harimau.

Dengan dianggarkan kurang daripada 150 ekor Harimau Malaya yang terdapat di habitat liar, acara ini penting untuk meningkatkan kesedaran dan memastikan spesies ikonik negara ini terus mendapat perhatian umum.
 
“Semasa kita menyertai larian ini, ingatlah bahawa usaha kita bukan hanya untuk satu hari, tetapi untuk komitmen berterusan terhadap pemuliharaan. Kerjasama adalah kunci, dan kita semua perlu bekerjasama dengan lebih erat untuk memastikan Harimau Malaya bukan sahaja terus wujud, malah bertambah bilangan di habitat semula jadinya. Sokongan daripada PERHILITAN, Perbadanan Taman Negeri Perak (PSPC), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan NGO-NGO lain - RIMAU, Wildlife Conservation Society (WCS), PELINDUNG, TRAFFIC, Panthera dan MYCAT, serta semua penderma kami, adalah sangat berharga dalam usaha ini. Bersama-sama, kita telah mencapai banyak kemajuan, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan,” kata Pengerusi WWF-Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

 “Harimau Malaya masih berada dalam keadaan terancam, dan kita perlu berwaspada dalam usaha pemuliharaan kita. Kerjasama kami dengan WWF-Malaysia termasuk memperkukuh penambahan spesies mangsa, meningkatkan penglibatan komuniti, dan yang sangat penting, menyokong pengurusan Conservation Assured |Tiger Standards (CA|TS) yang berkesan untuk menyediakan habitat yang selamat bagi spesies ikonik ini,” kata Pengerusi Kumpulan Maybank & Yayasan Maybank, Tan Sri Dato' Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa.

 “Kerjasama kami dengan WWF-Malaysia menunujukkan komitmen Maybank terhadap kelestarian alam sekitar dan perlindungan hidupan liar. ‘Run For Tigers’ bukan sekadar acara, tetapi satu gerakan untuk menggalakkan sokongan terhadap Harimau Malaya dan menggerakkan usaha pemuliharaan yang berimpak,” kata Izlyn Ramli, Ketua Kumpulan Hal Ehwal Korporat di Maybank dan CEO Yayasan Maybank.

“Setiap langkah dalam larian ini mewakili satu langkah ke arah masa depan di mana Harimau Malaya berkembang di habitat semula jadinya. Usaha kolektif hari ini adalah satu janji untuk melindungi spesies ini untuk generasi akan datang,” kata Sophia Lim, Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia.

Sejak 2016, program 'Memperkukuh Pemuliharaan Harimau di Kompleks Hutan Belum-Temengor' ('Strengthening Tiger Conservation in the Belum-Temengor Forest Complex') telah mencapai kemajuan yang ketara, termasuk menyahaktifkan 238 jerat dan mengekalkan sifar jerat aktif sejak 2022. Pada tahun 2023, Taman Negeri Royal Belum menjadi tapak pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menerima akreditasi CA|TS, satu pengiktirafan terhadap usaha pemuliharaan harimau yang cemerlang.

Tahun ini menandakan fasa ketiga kerjasama antara WWF-Malaysia dan Maybank, dengan tumpuan kepada melindungi harimau, memantau populasi mereka, meningkatkan bilangan spesies mangsa, memperkasakan komuniti tempatan, dan menyokong pengurusan CA|TS yang berkesan.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh membantu menyelamatkan Harimau Malaya yang agung ini, layari wwf.org.my/tiger2024

 

- TAMAT -


Mengenai WWF-Malaysia

World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian World Wide Fund for Nature (WWF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar. Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia mempunyai misi menghentikan degradasi alam semula jadi bumi dan membina masa hadapan yang harmoni untuk manusia dan alam sekitar. Kebanyakan kerja WWF-Malaysia bertumpu kepada enam fokus, iaitu hutan, laut, air tawar, hidupan liar, makanan, serta iklim dan tenaga.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari laman web kami di
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/



Mengenai Maybank

Maybank adalah antara kumpulan perbankan terkemuka di Asia dan keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset. Kumpulan Maybank memiliki rangkaian antarabangsa melebihi 2,600 pejabat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, India, China, UK, Amerika Syarikat, Pakistan, Arab Saudi, Uzbekistan dan Dubai. Kumpulan Maybank menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk perbankan pengguna dan korporat, perbankan pelaburan, perbankan Islam, pembrokeran saham, insurans dan takaful serta pengurusan aset. Ia mempunyai lebih daripada 42,000 pekerja di seluruh dunia. (www.maybank.com)

Share This!

Help us spread the message