What would you like to search for?

Our News

Run Wild for a Cause: Join WWF-Malaysia and Maybank’s 'Run For Tigers' on Global Tiger Day 2024



19 June 2024, Kuala Lumpur - In celebration of Global Tiger Day 2024, WWF-Malaysia and Maybank are excited to announce 'Run For Tigers', a 3.5 km Fun Run event aimed at raising awareness and funds for the conservation of the critically endangered Malayan tiger. 

The event will take place on Sunday, 21 July 2024, at Kepong Metropolitan Park, Kuala Lumpur from 6:30 am to 9:30 am. 'Run For Tigers 2024' is set to be a fun family day event, with activities for all ages. Runners can also showcase their creativity in the "Run with Your Costume On" contest for a chance to win a cash prize worth RM250. 

With fewer than 150 Malayan tigers left in the wild, this event is crucial not only for raising awareness but also for keeping our national icon at the forefront of public consciousness.

“Tiger conservation is not just about saving one species; it's about maintaining the rich biodiversity of our forests and ensuring the health of our ecosystems. The survival of the Malayan tiger reflects the well-being of our natural environment. We are grateful for the continuous support from our partners and the public in these efforts,” said Sophia Lim, CEO and Executive Director of WWF-Malaysia. 

This year, WWF-Malaysia and Maybank entered its third phase of the partnership with a focus on protecting tigers and monitoring its populations, increasing prey availability, empowering local communities and supporting effective Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) management.  The renewal further underscores both organisations’ continued determination to secure a future where tigers thrive in the wild.

"The collaborative efforts of Maybank and WWF-Malaysia have led to the deployment of over 100 rangers across more than 70,000 km of dense forest, providing essential on-the-ground protection for these endangered big cats. This initiative exemplifies our shared commitment to fostering positive change through sustainable practices and impactful social investment. Together, we are dedicated to conserving the Malayan tiger and ensuring a sustainable future for all,” said Izlyn Ramli, Head of Group Corporate Affairs at Maybank and CEO of Maybank Foundation.

Since 2016, WWF-Malaysia and Maybank have collaborated through the 'Strengthening Tiger Conservation in the Belum-Temengor Forest Complex' programme, achieving significant progress. Notably, 238 active snares have been deactivated, with zero active snares maintained since 2022. Additionally, intensive training for Orang Asli rangers has greatly enhanced their patrolling and wildlife protection skills. In 2023, Royal Belum State Park became the first site in Malaysia and Southeast Asia to receive CA|TS accreditation, recognising its exceptional tiger conservation efforts.

Your support helps to make a positive impact. Register for the Run For Tigers 2024 and be a part of a movement to save the Malayan tigers. RM10 from each registration fee will be channelled to WWF-Malaysia’s tiger conservation efforts. For more information, click here


- Ends -

About WWF-Malaysia
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) was established in 1972 and is part of World Wide Fund for Nature (WWF), the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and nature, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major themes: forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature. Find our latest news here 

About Maybank
Maybank is among Asia's leading financial groups and Southeast Asia’s fourth largest bank by asset with close to 44,000 employees worldwide. The Group has an international network of some 2,600 offices in 18 countries including all 10 ASEAN countries and also present in international financial centres such as London, New York, Hong Kong and Dubai. With a purpose to Humanise Financial Services and guided by its M25+ strategy, Maybank provides any array of value-based solutions established on sustainable and ethical principles to meet its customers evolving needs. These extensive range of products and services, include consumer and corporate banking, investment banking, Islamic banking, stock broking, insurance and takaful and asset management. 
(www.maybank.com)

 

Berlari Demi Alam: Sertai 'Run for Tigers' Bersama 
WWF-Malaysia dan Maybank pada Hari Harimau Sedunia 2024


19 Jun 2024, Kuala Lumpur - Sempena Hari Harimau Sedunia 2024, WWF-Malaysia dan Maybank dengan sukacitanya mengumumkan acara 'Run For Tigers', satu acara larian santai sejauh 3.5 km yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan dana bagi pemuliharaan harimau Malaya yang sangat terancam.

Acara ini akan berlangsung pada hari Ahad, 21 Julai 2024, di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur dari jam 6:30 pagi hingga 9:30 pagi. ‘Run For Tigers 2024' dijangka menjadi acara keluarga yang menyeronokkan, dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Peserta larian juga boleh menunjukkan kreativiti mereka dalam pertandingan "Larian Berkostum" untuk peluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM250.

Dengan kurang daripada 150 ekor harimau Malaya yang tinggal di hutan, acara ini adalah penting bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran tetapi juga untuk memastikan ikon negara kita ini kekal dalam ingatan masyarakat umum.

“Pemuliharaan harimau bukan sekadar menyelamatkan satu spesies; ia mengenai mengekalkan biodiversiti hutan kita dan memastikan kesihatan ekosistem kita. Kelangsungan hidup harimau Malaya mencerminkan kesejahteraan alam sekitar kita. Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada rakan kongsi dan orang ramai dalam usaha ini,” kata Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia.

Tahun ini, WWF-Malaysia dan Maybank memasuki fasa ketiga perkongsian mereka dengan tumpuan pada melindungi harimau dan memantau populasinya, meningkatkan ketersediaan mangsa, memperkasakan komuniti tempatan dan menyokong pengurusan Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) yang berkesan. Pembaharuan ini menekankan tekad kedua-dua organisasi untuk memastikan masa depan di mana harimau dapat hidup bebas di alam liar.

"Usaha kolaboratif antara Maybank dan WWF-Malaysia telah membawa kepada penyebaran lebih 100 renjer di lebih 70,000 km hutan tebal, memberikan perlindungan penting di lapangan untuk kucing besar yang terancam ini. Inisiatif ini mencontohi komitmen bersama kami untuk memupuk perubahan positif melalui amalan mampan dan pelaburan sosial yang berimpak. Bersama-sama, kami berdedikasi untuk memulihara harimau Malaya dan memastikan masa depan yang mampan untuk semua,” kata Izlyn Ramli, Ketua Kumpulan Hal Ehwal Korporat di Maybank dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank.

Sejak 2016, WWF-Malaysia dan Maybank telah bekerjasama melalui program 'Mengukuhkan Pemuliharaan Harimau di Kompleks Hutan Belum-Temengor', mencapai kemajuan yang signifikan. Antaranya, 238 jerat aktif telah dinyahaktifkan, dengan tiada jerat aktif dikekalkan sejak 2022. Selain itu, latihan intensif untuk renjer Orang Asli telah meningkatkan kemahiran rondaan dan perlindungan hidupan liar mereka. Pada tahun 2023, Taman Negeri Royal Belum menjadi tapak pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menerima akreditasi CA|TS, mengiktiraf usaha pemuliharaan harimau yang cemerlang.

Sokongan anda membantu membuat perubahan positif. Daftarlah untuk Run For Tigers 2024 dan jadilah sebahagian daripada gerakan untuk menyelamatkan harimau Malaya. RM10 daripada setiap yuran pendaftaran akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan harimau WWF-Malaysia. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. 

- Tamat -

Mengenai WWF-Malaysia
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian World Wide Fund for Nature (WWF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar. Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia mempunyai misi menghentikan degradasi alam semula jadi bumi dan membina masa hadapan yang harmoni untuk manusia dan alam sekitar. Kebanyakan kerja WWF-Malaysia bertumpu kepada enam fokus, iaitu hutan, laut, air tawar, hidupan liar, makanan, serta iklim dan tenaga.  Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari laman web kami di sini. 

Mengenai Maybank
Maybank adalah antara kumpulan perbankan terkemuka di Asia dan keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset. Kumpulan Maybank memiliki rangkaian antarabangsa melebihi 2.600 pejabat di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos, India, China, UK, Amerika Syarikat, Pakistan, Arab Saudi, Uzbekistan dan Dubai. Kumpulan Maybank menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk perbankan pengguna dan korporat, perbankan pelaburan, perbankan Islam, pembrokeran saham, insurans dan takaful serta pengurusan aset. Ia mempunyai lebih daripada 42,000 pekerja di seluruh dunia. (www.maybank.com)

 

 



 

Share This!

Help us spread the message