What would you like to search for?

Our News

Joint Media Release - Maybank and WWF-Malaysia Sharpen Resolve in Renewed Alliance to Safeguard Malayan Tigers

 
WWF-Malaysia's team of rangers and field officers. © Mohd Fikri Zaidan / WWF-Malaysia

 
WWF-Malaysia and Maybank Sharpen Resolve in Renewed Alliance to Safeguard Malayan Tigers

Maybank pledges an initial RM1.55 million to enhance conservation efforts including protection and monitoring of tigers as well as engagement with communities

 
19 March 2024, Kuala Lumpur -  WWF-Malaysia and Maybank have announced the continuation of their strategic partnership aimed at strengthening Malayan tiger conservation efforts in the Belum-Temengor Forest Complex. This renewed commitment, spanning the next four years from 2024 to 2027, demonstrates unwavering dedication to safeguarding one of Malaysia's most iconic species amidst escalating incidents of human-tiger conflict.

Maybank has pledged RM1.55 million for the first year of the four-year project, enabling WWFMalaysia to continue its existing work in the landscape. This funding will support critical initiatives aimed at ensuring the survival of the Malayan tiger and fostering harmony between wildlife and local communities.

"As we continue to address the ongoing conflicts between humans, predators and prey, it is crucial that appropriate actions are taken to promote coexistence, conserve biodiversity and maintain a balanced ecosystem. 

On this point, Maybank’s conservation journey to-date is deeply rooted in our purpose-driven mission of Humanising Financial Services which saw notable outcomes favouring the Malayan tiger. Through this renewed partnership with WWF-Malaysia, we strive not only to safeguard our tigers and bring about sustainable transformations in Belum-Temengor but also enrich the lives of local communities for generations to come," said Izlyn Ramli, Head of Group Corporate Affairs at Maybank and CEO of Maybank Foundation. 

The renewed partnership will encompass a holistic and comprehensive approach, concentrating efforts on five focus areas:
  1. Protection - Strengthening on-the-ground protection efforts through community ranger patrols, advocacy for enhanced protection measures, and capacity building for law enforcement.
  2. Monitoring - Implementing continuous monitoring protocols to track tiger populations and prey abundance.
  3. Prey augmentation - Prioritising habitat enrichment and prey augmentation to bolster the tiger's prey base.
  4. Community Empowerment - Implementing mitigation measures for Human-Wildlife Conflict management and enhancing community engagement.
  5. Effective Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) management - Supporting effective CA|TS management through addressing existing gaps and advocating for commitment at the state level and establishing National CA|TS committee at the federal level.
The urgency of the situation is underscored by the escalating incidents of human-tiger conflict in the region. In response, the partnership's focus on prey augmentation, among other strategies, is crucial for the safety of both humans and tigers. It is of utmost urgency to ensure sufficient prey available to lure the tigers back into the forest, mitigating conflicts and protecting both species.

"Our actions today shape tomorrow's outcomes," emphasised Sophia Lim, Executive Director and CEO of WWF-Malaysia.

"Beyond just saving the critically endangered tiger, it's about reinstating natural balance in our forests. Wild animals are absolutely integral to the ecosystem, and their endangerment disrupts the delicate harmony, impacting us all in the long run," she added.

"We have made encouraging strides in our tiger conservation journey, thanks to Maybank's strong support, which has been instrumental in safeguarding the future of our national icon."

WWF-Malaysia and Maybank have collaborated since 2016, through the ‘Strengthening Tiger Conservation in the Belum-Temengor Forest Complex’ programme, which has seen significant achievements. This includes the deactivation of 238 active snares and reaching the milestone of zero active snares since 2022, showcasing the tangible impact of on-the-ground efforts.

Additionally, intensive training and capacity building initiatives have been conducted for the orang asli rangers, enhancing their skills and effectiveness in patrolling and wildlife protection. In 2023, Royal Belum State Park became the first CA|TS accredited site in both Malaysia and Southeast Asia, a global recognition for exceptional conservation efforts and commitment to tiger conservation.

The partnership between WWF-Malaysia and Maybank underscores the power of collaboration in conservation, demonstrating a shared commitment to preserving Malaysia's rich biodiversity for future generations. - END

 
 
Malayan tiger (2) - fewer than 150 left in the wild © Shariff Mohamad / WWF-Malaysia

 
WWF-Malaysia dan Maybank Menguatkan Keazaman dalam Kerjasama yang Diperbaharui untuk Melindungi Harimau Malaya

Maybank memberi sumbangan awal sebanyak RM1.55 juta untuk meningkatkan usaha pemuliharaan termasuk perlindungan dan pemantauan harimau serta interaksi dengan komuniti

 
19 Mac 2024, Kuala Lumpur -  WWF-Malaysia dan Maybank telah mengumumkan lanjutan perkongsian strategik mereka yang bertujuan untuk memperkukuh usaha pemuliharaan harimau Malaya di Kompleks Hutan Belum-Temengor. Komitmen yang diperbaharui ini, yang meliputi tempoh empat tahun bermula dari tahun 2024 hingga 2027, menunjukkan keazaman yang teguh dalam usaha melindungi salah satu spesies ikonik Malaysia, meskipun kemelut konflik antara manusia dan harimau semakin meningkat.

Maybank telah berjanji menyumbang RM1.55 juta pada tahun pertama pelaksanaan projek yang akan berjalan selama empat tahun sekaligus membolehkan WWF-Malaysia meneruskan kerja yang sedia ada dalam lanskap tersebut. Dana ini akan menyokong inisiatif penting yang bertujuan untuk memastikan kesinambungan harimau Malaya dan memupuk harmoni antara hidupan liar dengan komuniti tempatan.

"Sementara kita terus menangani konflik yang berterusan antara manusia, pemangsa, dan mangsa, adalah penting bahawa tindakan yang sewajarnya diambil untuk menggalakkan kewujudan bersama serta mengekalkan kepelbagaian biologi dan ekosistem yang seimbang.

Perjalanan pemuliharaan Maybank setakat ini terikat erat dengan misi kami yang berteraskan matlamat bagi Memanusiakan (Humanising) Perkhidmatan Kewangan yang telah menghasilkan pencapaian positif berkenaan harimau Malaya. Melalui pembaharuan kerjasama dengan WWFMalaysia, kami berusaha untuk tidak hanya untuk melindungi harimau kita dan membawa transformasi yang mampan di Belum-Temengor, tetapi juga untuk memperkayakan kehidupan komuniti tempatan untuk generasi akan datang," kata Izlyn Ramli, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan di Maybank dan CEO Yayasan Maybank.

Penerusan kerjasama strategik ini akan meliputi pendekatan holistik dan komprehensif, dengan  mengutamakan usaha kepada lima bidang tumpuan:
  1. Perlindungan - Memperkuat usaha perlindungan di tapak melalui rondaan renjer komuniti, advokasi untuk meningkatkan langkah perlindungan, dan peningkatan kapasiti untuk penguatkuasaan undang-undang.
  2. Pemantauan - Melaksanakan protokol pemantauan berterusan untuk merekodkan populasi harimau dan kelimpahan mangsa.
  3. Penambahan Mangsa - Memberikan keutamaan kepada pembangunan habitat dan meningkatkan bilangan spesies mangsa untuk mengukuhkan asas makanan harimau.
  4. Pemerkasaan Komuniti - Melaksanakan langkah-langkah mitigasi untuk pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar dan meningkatkan penglibatan komuniti.
  5. Pengurusan Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) yang Berkesan - Menyokong pelaksanaan CA|TS bagi pengurusan habitat harimau yang efektif melalui penambahbaikan dalam pengurusan yang sedia ada serta memperjuangkan komitmen daripada kerajaan negeri dan penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan CA|TS di peringkat persekutuan.
     
Kecemasan situasi ini ditekankan oleh peningkatan kejadian  konflik manusia-harimau di kawasan tersebut. Sebagai tindak balas, antara strategi utama kerjasama ini adalah kepada peningkatan penambahan spesies mangsa harimau. Adalah amat penting untuk memastikan spesies mangsa yang mencukupi bagi mengekalkan harimau di habitat asalnya iaitu hutan sekaligu mengurangkan konflik di antara harimau dan manusia.

"Tindakan kita hari ini membentuk hasil hari esok," tegas Sophia Lim, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia.

"Lebih daripada sekadar menyelamatkan harimau yang terancam kritikal, ini juga tentang memulihkan keseimbangan semula jadi dalam hutan kita. Haiwan liar amat penting untuk ekosistem, dan ancaman terhadap kewujudan mereka mengganggu keseimbangan ekologi, dan memberi kesan negatif bagi kehidupan kita dalam jangka panjang," tambahnya.

"Kita telah mengorak langkah positif yang memberangsangkan dalam perjalanan pemuliharaan harimau kita, melalui sokongan yang kukuh daripada Maybank, yang memainkan peranan penting dalam menjaga masa depan ikon kebangsaan kita."

WWF-Malaysia dan Maybank telah bekerjasama sejak 2016, melalui program 'Memantapkan Pemuliharaan Harimau di Kompleks Hutan Belum-Temengor', yang telah mencapai hasil yang memberangsangkan. Ini termasuk 238 jerat aktif yang dinyahaktifkan dan mencapai ‘zero jerat aktif’ sejak 2022, memperlihatkan kesan ketara daripada usaha di lapangan. Selain itu, inisiatif latihan dan pembangunan kapasiti yang intensif telah dijalankan untuk renjer orang asli, meningkatkan kemahiran dan keberkesanan mereka dalam rondaan dan perlindungan hidupan liar. Pada tahun 2023, Taman Negeri Royal Belum menjadi tapak pertama yang diiktiraf oleh CA|TS di Malaysia dan Asia Tenggara, iaitu pengiktirafan global bagi usaha pemuliharaan yang luar biasa dan komitmen terhadap pemuliharaan harimau.

Kerjasama antara WWF-Malaysia dan Maybank menunjukkan kekuatan kerjasama dalam pemuliharaan, menunjukkan komitmen bersama untuk mengekalkan kepelbagaian biologi di Malaysia untuk generasi akan datang. - TAMAT 

 
 
Harimau Malaya - kurang daripada 150 yang tinggal di habitat liar © Shariff Mohamad / WWF-Malaysia

Share This!

Help us spread the message