What would you like to search for?

Our News

Opinion Editorial - Time to Take It Up a Notch: A Call to Accelerate Prey Augmentation Efforts

29 February 2024, Kuala Lumpur - “Malaysia’s national animal, the Malayan tiger, declared extinct.”  

This provocative title could very well be a headline in a matter of years.  

In the forests of Peninsular Malaysia, the plight of the Malayan tiger persists with alarming urgency. The oft repeated and grim reality remains unchanged; fewer than 150 of these majestic creatures remain in the wild. Stop, and let that sink in. This is not merely a statistic; it is a heartfelt plea for action, a call to safeguard the future of this iconic species from the persistent threats of poaching and habitat destruction. Not only is the tiger still being hunted, its home is diminishing. Now even its food source is threatened by disease.  

The shrinking availability of their preferred prey, such as the sambar deer, and the impact of diseases like African swine fever on alternative food sources like wild boar, are pushing tigers closer to human settlements. Not surprisingly, in recent years, Peninsular Malaysia has seen human-tiger conflict incidents escalate. Never before have there been several tiger sightings and encounters within a short space of time. These conflicts have led to tragic outcomes for both humans and tigers. 

It is of utmost urgency to replenish prey numbers that have been wiped out due to poaching, habitat loss, and disease. Therefore, prey augmentation efforts should be relentless. 

Prey augmentation, however, comes with its own set of challenges and complexities. Breeding programmes for the sambar deer require careful planning due to their lengthy breeding cycles, while wild boar breeding for prey augmentation is relatively uncharted territory. Unlike sambar deer, which mate and reproduce all year round with seasonal calving peaks resulting in the birth of only one calf at a time, wild boars breed throughout the year and can yield litters of up to 6 piglets.  

The protracted breeding cycles of sambar deer, coupled with the uncharted territory of wild boar breeding for prey augmentation, underscore the complexities involved in restoring ecological balance. Moreover, the emergence of diseases like African swine fever and canine distemper virus further complicates matters, necessitating concerted research and development to devise effective mitigation strategies.

The Malaysian government's commitment to conservation has been commendable, marked by significant victories in recent years with the establishment of the National Tiger Task Force, the Wildlife Crime Bureau under the Royal Malaysia Police, and the amendment to the Wildlife Conservation Act 2010. The community ranger programme under PERHILITAN and joint enforcement efforts such as Operation Bersepadu Khazanah have yielded positive results in reducing poaching. In Belum-Temengor, active snares found in 2021 decreased by 96% compared to the baseline year of 2017, and for two consecutive years, 2022 and 2023, no active snares have been found. These achievements are attributed to the collaborative efforts of various parties working in Belum-Temengor, with the invaluable support of our donors and corporate partners like Maybank.

Prey augmentation, among various strategies aimed at preventing the extinction of the Malayan tiger, addresses the declining numbers of their food sources such as sambar deer and wild boar. We urge all stakeholders, including governmental bodies and corporations, to intensify efforts in supporting habitat protection, improving connectivity, preventing poaching, and implementing prey augmentation. These combined measures are crucial for achieving a stable tiger population size that can be supported by the available habitat and prey resources without causing ecological harm. 

*Ends


Image of a Malayan tiger captured on high definition camera trap by French photographer Emmanuel Rondeau in 2023 in collaboration with WWF-Malaysia. Photo (c) Emmanuel Rondeau/ WWF-US
 

Masa Kian Suntuk:
Seruan untuk Mempercepatkan Usaha Penambahan Spesies Mangsa


29 Februari 2024, Kuala Lumpur - "Harimau Malaya, haiwan kebangsaan Malaysia, diisytiharkan pupus."

Ini mungkin menjadi tajuk utama dalam beberapa tahun akan datang.

Di hutan-hutan Semenanjung Malaysia, keadaan harimau Malaya semakin membimbangkan. Realiti suram tidak berubah; dianggarkan kurang daripada 150 ekor haiwan ikonik ini yang masih tinggal di alam liar. Berhenti seketika dan berfikir. Ini bukan sekadar statistik; Ia adalah seruan untuk melindungi spesies ikonik ini daripada ancaman pemburuan haram dan kemusnahan habitat.  Bukan sahaja harimau masih diburu, tetapi habitatnya juga kian menyusut. Dan kini, spesies yang menjadi sumber makanannya juga terancam oleh penyakit.

Pengurangan mangsa pilihan utama harimau, iaitu rusa sambar, dan impak penyakit Demam babi Afrika (African swine fever) terhadap sumber makanan alternatif iaitu babi hutan, mendesak  harimau memasuki kawasan perkampungan untuk mencari sumber makanan. Ini merupakan punca berlakunya peningkatan insiden konflik manusia-harimau sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Konflik-konflik ini telah membawa kepada hasil yang tragik kepada manusia dan harimau.

Dalam menangani masalah ini, adalah amat penting untuk meningkatkan semula bilangan spesies yang menjadi sumber makanan harimau yang semakin berkurangan akibat pemburuan haram, kemusnahan habitat, dan jangkitan penyakit. Oleh itu, usaha meningkatkan populasi spesies mangsa haruslah dilakukan secara berterusan.

Namun, usaha untuk meningkatkan bilangan spesies mangsa datang dengan cabaran tersendiri. Program pembiakan rusa sambar memerlukan perancangan yang teliti kerana kitaran pembiakan yang panjang, manakala pembiakan babi hutan untuk penambahan mangsa merupakan sesuatu yang belum dilakukan sebelum ini. Berbeza dengan rusa sambar yang mengawan dan membiak sepanjang tahun, dan melahirkan hanya seekor anak rusa pada satu masa, babi hutan membiak sepanjang tahun dan boleh menghasilkan sehingga enam ekor anak babi pada satu masa. 

Kitaran pembiakan yang panjang bagi rusa sambar, berserta pembiakan babi hutan yang belum pernah dilakukan  untuk penambahan mangsa, cuma sebahagian sahaja daripada kerumitan yang perlu dihadapi dalam memulihkan keseimbangan ekologi. Selain itu, kemunculan penyakit seperti demam babi Afrika dan Canine distemper virus lebih menyulitkan keadaan, dan memerlukan penyelidikan dan pembangunan bersama untuk merangka strategi pemulihan yang berkesan.

Komitmen kerajaan Malaysia terhadap usaha-usaha pemuliharaan harus dipuji, dengan beberapa pencapaian penting telah diperolehi dalam beberapa tahun lepas, seperti penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah PDRM, dan pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Kewujudan program renjer komuniti di bawah PERHILITAN dan usaha penguatkuasaan bersama seperti Operasi Bersepadu Khazanah telah memberikan hasil positif dalam mengurangkan pemburuan haram. Di Belum-Temengor, jerat aktif yang ditemui pada tahun 2021 berkurang sebanyak 96% berbanding tahun rujukan 2017, dan selama dua tahun berturut-turut, iaitu 2022 dan 2023, tiada jerat aktif yang ditemui. Kejayaan-kejayaan ini diperolehi hasil usaha bersama pelbagai pihak yang melakukan kerja-kerja pemuliharaan di Belum-Temengor, dengan sokongan daripada penderma dan rakan korporat seperti Maybank.

Penambahan mangsa, antara pelbagai strategi yang bertujuan untuk mengelakkan kepupusan harimau Malaya bagi menangani masalah kekurangan sumber makanan mereka seperti rusa sambar dan babi hutan. Kami menyeru semua pihak berkepentingan, termasuk badan-badan kerajaan dan sektor korporat, untuk terlibat sama meningkatkan usaha dalam menyokong perlindungan habitat, meningkat dan mengekalkan kesinambungan hutan, mencegah pemburuan haram, dan melaksanakan program penambahan spesies mangsa. Langkah-langkah ini penting untuk menstabilkan populasi harimau yang boleh disokong oleh habitat dan sumber makanan yang sedia ada, tanpa menyebabkan kemudaratan terhadap ekosistem. 
 
*Tamat

 

Share This!

Help us spread the message