What would you like to search for?

Our News

Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 Nurtures Sustainable Youths

18 November 2023, Petaling Jaya – Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023, co-organised by WWF-Malaysia and Kelab Belia Prihatin Malaysia in conjunction with the National Environment Week, was launched today. The festival, which is the first of its kind, was officiated by Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Deputy Minister of Economy Malaysia.

YB Dato Hajjah Hanifah highlighted the importance of the involvement of youth in the conservation of nature. “We are at a crossroads where environmental challenges demand innovative solutions, and the energy, passion, and fresh perspectives of the youth are invaluable in shaping a sustainable future,” she said in her speech. She also outlined the relationship between a healthy planet and a prosperous economy, and how sustainable development requires the involvement of society as a whole. “The Sustainable Development Agenda requires holistic and inclusive involvement and tenacity from all Malaysians. Thus, not only awareness at the grassroots level should be improved, but it should also be expressed through actions and deeds,” she added.

Sophia Lim, Executive Director/CEO of WWF-Malaysia, shared about the importance of youth mobilisation efforts carried out by WWF-Malaysia in her speech. "Our vision is to reverse the decline of nature and transform Malaysia into a sustainable nation by 2030. Youth play an important role in achieving this vision and in continuing our legacy and efforts to protect our planet," she said.

Lim also shared her appreciation for Kelab Belia Prihatin Malaysia, co-organiser of Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023. She acknowledged Luqman Hakim Md Zim, President of Kelab Belia Prihatin Malaysia as one of the youth leaders who is the pride of WWF-Malaysia. Luqman Hakim is one of the recipients of the Eco-Champions Award 2022 organised by WWF-Malaysia.

As a symbol of strengthening efforts and cooperation for the environment and nature, the #TumbuhBersama pledge was led by Luqman Hakim, and witnessed by YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Malaysia's Deputy Minister of Economy.

The launch ceremony of Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 also saw the presentation of prizes to the winners of the Climate Communication Challenge. The Climate Communication Challenge is a competition for youth from universities across Malaysia to create digital content to share knowledge about climate change and the concept of Net Zero. This challenge was organised by WWF-Malaysia with the support of Green Growth Asia Foundation, Young Reporters for the Environment and IMU Cares.

Throughout the festival, youth and visitors were able to explore sustainable activities such as mangrove forest exploration, learning about the Interceptor machine, tree-planting, and upcycling of used materials such as cooking oil and  clothes.

Also present during the launch of Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 were Ahmad Fuad Bin Noor, Special Project Director of Selangor Maritime Getaway; Nini Shazrina binti Ahmad Shamli, Corporate Services Director of Selangor Maritime Gateway and Rozzana Basri, Director of Communications and Marketing of WWF-Malaysia.


YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Deputy Minister of Economy Malaysia officiating the Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 at Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Photo (c) Rahana Husin/ WWF-Malaysia


 #TumbuhBersama pledge led by Luqman Hakim Md Zim, President of Kelab Belia Prihatin Malaysia. Photo (c) Rahana Husin/ WWF-Malaysia


Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 Memupuk Belia Lestari


18 November 2023, Petaling Jaya – Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 dianjurkan bersama oleh WWF-Malaysia dan Kelab Belia Prihatin Malaysia sempena Minggu Alam Sekitar Negara. Festival yang diadakan bagi julung kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia.

YB Dato Hajjah Hanifah menekankan kepentingan penglibatan golongan muda dalam pemuliharaan alam. “Kita berada di persimpangan jalan di mana cabaran alam sekitar menuntut penyelesaian inovatif, dan tenaga, semangat, serta perspektif baru golongan muda sangat berharga dalam membentuk masa depan yang lestari” ucap beliau. Beliau juga menggariskan hubungan antara planet yang sihat dan kemakmuran ekonomi, dan bagaimana pembangunan mampan memerlukan penglibatan masyarakat secara keseluruhan. “Agenda Pembangunan Mampan memerlukan penglibatan dan usaha gigih serta menyeluruh dan inklusif daripada seluruh warga Malaysia. Justeru, bukan sahaja tahap kesedaran di peringkat akar umbi harus dipertingkat, ia perlu dizahirkan dengan tindakan dan perbuatan,” tambah beliau.

Sophia Lim, Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia, berkongsi tentang kepentingan usaha mobilisasi belia yang dijalankan oleh WWF-Malaysia dalam ucapan beliau. “Visi kami adalah untuk mengembalikan kelestarian alam semulajadi dan menjadikan Malaysia negara yang mampan menjelang 2030. Belia memainkan peranan penting dalam mencapai visi ini dan meneruskan legasi serta usaha melindungi planet kita,” ucap beliau.

Lim turut memberi penghargaan kepada Kelab Belia Prihatin Malaysia, penganjur bersama bagi Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023. Beliau juga memberi pengiktirafan kepada Luqman Hakim Md Zim, Presiden Kelab Belia Prihatin Malaysia sebagai salah seorang pemimpin belia yang menjadi kebanggaan WWF-Malaysia. Luqman Hakim merupakan salah satu penerima anugerah Eco-Champions Award 2022 anjuran WWF-Malaysia. 

Sebagai simbol meneguhkan usaha dan kerjasama untuk alam sekitar dan alam semulajadi, ikrar #TumbuhBersama dipimpin oleh Luqman Hakim, dan disaksikan oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia. 

Upacara pelancaran Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 turut menyaksikan penganugerahan hadiah kepada pemenang-pemenang Climate Communication Challenge. Climate Communication Challenge merupakan pertandingan dimana belia dari universiti di seluruh Malaysia mencipta karya digital untuk berkongsi pengetahuan mengenai perubahan iklim dan konsep Net Zero. Pertandingan ini dianjurkan oleh WWF-Malaysia dengan sokongan Green Growth Asia Foundation, Young Reporters for the Environment dan IMU Cares.

Sepanjang festival tersebut belia dan pengunjung dapat mencuba aktiviti-aktiviti lestari seperti eksplorasi hutan bakau, mengenal mesin Interceptor, menanam pokok, dan mencuba kaedah upcycling bahan terpakai seperti minyak masak dan pakaian lama.

Turut hadir semasa pelancaran Festival Alam Sekitar #MYTogetherPossible 2023 ialah Ahmad Fuad Bin Noor, Pengarah Projek Khas Selangor Maritime Getaway; Nini Shazrina binti Ahmad Shamli, Pengarah Khidmat Korporat Selangor Maritime Gateway dan Rozzana Basri, Pengarah Komunikasi dan Pemasaran WWF-Malaysia.



 

Share This!

Help us spread the message