The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
WWF-Malaysia and CIMB Islamic Bank Hold Setiu Cakna Alam Sekitar Programme to Announce Third-year Partnership on World Rivers Day
CEO and Executive Director of WWF-Malaysia, Sophia Lim, said among the scope of collaboration between WWF-Malaysia and CIMB Islamic is educating and building the capacity of local communities. “These efforts, financed by our corporate partner CIMB Islamic, help the local communities to support, participate in, and drive conservation efforts in Setiu Wetlands.
In the Setiu district, Kg. Mangkok and Kg. Baru Penarik which have been recognised as Terengganu’s Tourism Villages, receive many local and international tourists. Thus, it is important to maintain environmental sustainability here by cultivating good practices in solid waste management among the locals and visitors.
Preserving the river ecosystem in Setiu will also have a positive effect on the conservation of wildlife, especially the painted terrapin which is categorised as critically endangered," she added.
Themed ‘Sayangi Daerah Kita’ and held at Kontena Tuntung, Kg. Mangkok, Setiu, this mini carnival is aimed at enhancing awareness and environmental stewardship among the local community for environmental conservation and preservation in the Setiu district.
CIMB Islamic CEO, Ahmad Shahriman Mohd Shariff, emphasised the bank’s commitment as a responsible corporate institution to support programmes across the country that have a positive impact on communities, including environmental conservation, in line with the principles of value-based intermediation.
“Since the beginning of 2019, we have contributed RM2 million to support efforts towards protecting the ecosystem and promoting sustainable development in Setiu Wetlands for the benefit of the local community. We are delighted with the progress of the project and pleased to be continuing our partnership with WWF-Malaysia for the third year, with an additional RM1 million.
This aligns with our long-term commitment towards increasing the capacity of local communities in utilising the area’s resources sustainably, while helping them generate income to supplement their livelihoods.”
The collaboration’s total funding of RM3 million is mobilised through the EcoSave Savings Account-i (EcoSave-i), which is the first environment-focused savings account introduced by CIMB Islamic where it contributes 0.2% of its total average portfolio balance per year to support social and green initiatives throughout Malaysia.
Over the last three years, the collaboration has made significant strides in protecting Setiu Wetlands’ biodiversity and resources. Training workshops and educational talks have been conducted to empower the communities with knowledge on the importance of environmental conservation and sustainable management of Setiu Wetlands in contributing to their livelihoods.
Several community empowerment initiatives were rolled out since 2021 including activities to promote proper solid waste management practices which saw about 1,000 participants collecting more than 500kg of waste along the 2km stretch of coastal beach of Setiu Wetlands.
One of the important initiatives in Setiu Wetlands developed under this collaboration is the establishment of the Kontena Tuntung in Kg. Mangkok, launched in September last year. With a 'one-stop centre' concept, it houses a hatchery to incubate terrapin eggs and an exhibition gallery that conveys information regarding the importance of conservation efforts on terrapins and Setiu Wetlands for the benefit of the local community and the public.
In 2022, through this initiative, a total of 92 nests containing 951 painted terrapin eggs were rescued from key nesting beaches, whereby 740 hatchlings were released back into their habitat in the river. In addition, the project also provided employment to 10 local community members who were appointed as painted terrapin rangers and hatchery workers.
Since 2008, CIMB Islamic has contributed approximately RM5.5 million towards 17 projects through EcoSave-i, focusing on environmental sustainability as well as improving the well-being of the surrounding communities in Taman Tugu, Kuala Lumpur; Fraser's Hill, Pahang, Setiu Wetlands, Terengganu; Ulu Muda Forest, Kedah; Kota Kinabalu, Sabah and Ba’kelalan, Sarawak.


WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank Anjur Program Setiu Cakna Alam Sekitar Sempena Pemeteraian Lanjutan Kerjasama Tahun Ketiga pada Hari Sungai Sedunia
24 September 2023, Setiu, Terengganu: WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank Berhad (“CIMB Islamic”) hari ini mengadakan program kesedaran Setiu Cakna Alam Sekitar bersama komuniti tempatan di Setiu, sempena termeterainya lanjutan usaha sama tahun ketiga pada Hari Sungai Sedunia. CIMB Islamic telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha pemulihlaraan di Setiu Wetlands melalui sokongan kewangan sejak 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia Sophia Lim berkata antara skop kerjasama WWF-Malaysia dan CIMB Islamic Bank ialah mendidik, membina kapasiti dan memperkasa komuniti tempatan. “Usaha-usaha tersebut, disokong oleh rakan korporat kami CIMB Islamic, dapat membantu komuniti tempatan untuk memacu dan mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan di Setiu Wetlands.
Di daerah Setiu, Kg. Mangkok dan Kg. Baru Penarik telah diiktiraf sebagai Kampung Pelancongan di Terengganu, dan dikunjungi ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kelestarian alam sekitar dengan membudayakan amalan baik pengurusan sisa pepejal dalam kalangan komuniti tempatan dan pengunjung.
Pemeliharaan ekosistem sungai di Setiu juga akan menghasilkan kesan positif kepada pemeliharaan hidupan liar khususnya tuntung laut, iaitu spesies yang dikategorikan sebagai sangat terancam,” tambahnya.
Bertemakan ‘Sayangi Daerah Kita’, Mangkok, Setiu, program berkonsepkan mini karnival yang diadakan di Kontena Tuntung, Kg. Mangkok, Setiu ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan tentang kepentingan usaha pemuliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di daerah Setiu.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff menegaskan komitmen CIMB Islamic Bank sebagai sebuah institusi korporat yang bertanggungjawab untuk menyokong program-program di seluruh negara yang memberi impak positif terhadap masyarakat termasuk pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, selaras dengan prinsip pengantaraan berasaskan nilai.
"Sejak awal tahun 2019, kami telah menyumbang RM2 juta untuk menyokong usaha ke arah melindungi ekosistem dan menggalakkan pembangunan mampan di Setiu Wetlands untuk manfaat masyarakat setempat. Kami gembira dengan kemajuan projek ini dan berbesar hati untuk meneruskan usaha sama dengan WWF-Malaysia yang kini memasuki tahun yang ketiga, dengan tambahan dana RM1 juta.
Ini sejajar dengan komitmen jangka panjang kami ke arah meningkatkan kapasiti masyarakat tempatan dalam menggunakan sumber semula jadi di Seitu Wetlands secara mampan, sambil membantu mereka menjana pendapatan daripada mata pencarian tambahan.”
Jumlah pembiayaan projek sebanyak RM3 juta digerakkan melalui Akaun Simpanan EcoSave-i (EcoSave-i), yang merupakan akaun simpanan berfokuskan alam sekitar yang pertama diperkenalkan oleh CIMB Islamic di mana ia menyumbang 0.2% daripada jumlah purata baki portfolio setahun untuk menyokong inisiatif sosial dan hijau di seluruh Malaysia.
Sepanjang tiga tahun yang lepas, usaha sama ini telah mencapai beberapa kejayaan dalam melindungi kepelbagaian biologi dan sumber alam di Setiu Wetlands. Beberapa bengkel latihan dan aktiviti pendidikan telah dijalankan untuk membina kapasiti komuniti setempat di Setiu Wetlands mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan mampan yang menyumbang kepada sumber pendapatan mereka.
Beberapa inisiatif pemerkasaan komuniti telah dilaksanakan, termasuk aktiviti berkaitan amalan baik dalam pengurusan sisa pepejal melibatkan pembersihan pantai sepanjang 2km di Setiu Wetlands yang disertai lebih 1,000 peserta di mana lebih 500kg sampah telah dikutip.
Salah satu inisiatif penting di Setiu Wetlands yang turut dihasilkan oleh usaha sama ini ialah penubuhan Kontena Tuntung, Kg. Mangkok yang dilancarkan pada September tahun lepas. Berkonsepkan 'one-stop centre, Kontena ini menempatkan pusat penetasan telur tuntung laut dan galeri pameran yang menyampaikan maklumat mengenai kepentingan usaha pemuliharaan tuntung laut dan Setiu Wetlands untuk manfaat masyarakat setempat dan orang ramai.
Pada tahun 2022, melalui inisiatif ini, sejumlah 92 sarang tuntung laut yang mengandungi 951 telur telah diselamatkan dari pantai bersarang utama, di mana 740 anak tetasan tuntung laut dilepaskan ke habitatnya di sungai. Selain itu, 10 ahli masyarakat tempatan telah dilantik sebagai renjer dan pekerja hatceri menerusi projek ini.
Sejak 2008, CIMB Islamic telah menyumbang kira-kira RM5.5 juta kepada 17 projek melalui EcoSave-i, memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat sekitar di Taman Tugu, Kuala Lumpur; Fraser's Hill, Pahang, Setiu Wetlands, Terengganu; Hutan Ulu Muda, Kedah; Kota Kinabalu, Sabah dan Ba'kelalan, Sarawak.

