What would you like to search for?

Our News

Joint Media Release - Camera Traps Capture Orangutans in Gunung Lesong


Sighting of three individuals including a baby reaffirms our efforts to better protect the area and adjacent forests.
 
Kuching: In an exciting development in wildlife research, camera traps set up by WWF-Malaysia for wildlife survey have captured images of orangutans in the forests of Gunung Lesong in Sri Aman division. This scores the first historic camera trap images of the elusive primate for the area, accentuating the need to better protect the remaining forests outside Gunung Lesong National Park.
 
These newly emerged images also bring in good news to Sarawak, particularly stakeholders in this landscape who have been working together to conserve and sustainably manage the landscape as a potential ecotourism complex, and is timely as we celebrate the coming International Orangutan Day which falls on 19 August annually.
 
WWF-Malaysia senior field biologist Lukmann Haqeem Alen said after months of installing camera traps to get the baseline wildlife information for the area, the team was exhilarated to see images of the orangutans, Pongo pygmaeus pygmaeus, on camera.
 
He expressed his excitement, saying, “As far as we know, this is the first time we have captured orangutans using camera traps in Gunung Lesong. The locals have reported seeing orangutans in the area, more often during the fruiting season. In December 2022, a community member managed to record a video that is believed to feature an orangutan. The camera trap images of orangutans reaffirmed what the local people have been saying." 
 
He elaborated, “We can confidently say that three individuals are present based on their body sizes and facial features. One of the captivating images captured shows a mother orangutan with her baby, which serves as an encouraging sign that the population is still breeding in this area.” 
 
“We do not have a definitive answer yet as to why these orangutans venture down to the ground in this area. Normally, orangutans spend most of their time in trees, but occasionally, they do come down to the ground, and this behavior has been observed in other locations too,” Lukmann added.
 
In a sequence of the camera trap images of the female orangutan with her baby, the primate appeared from a nearby creek before climbing up a tree. The orangutan might have come down in search of water before seeking safe refuge on trees again.
 
Gunung Lesong, about 850m above sea level, is a mountain that was historically revered as a sacred place among the Ibans in Sarawak. The presence of orangutans in the mountain is one of the factors that led to the gazettement of Gunung Lesong as a national park in 2013. Nearby, the Ulu Sebuyau National Park, predominantly peat swamp, was gazetted in 2010. Both the Gunung Lesong and Ulu Sebuyau national park form a large complex of orangutan habitat that encompasses community lands in between.
 
The presence of community lands within an important orangutan habitat range has prompted WWF-Malaysia to work with them in safeguarding the surrounding Gunung Lesong's precious ecosystem. One of the key activities is to recognise the Gunung Lesong-Ulu Sebuyau Corridor for orangutans, by ensuring that the forests remain intact within this 389-hectare corridor and benefiting the orangutans to move between these sites.
 
Under the Sri Aman Development Agency (SADA) masterplan, Gunung Lesong and orangutan are integral aspects of the ecotourism complex. According to Special Administrative Officer Datu Indit Bangai of SADA, "The presence of orangutans, both inside and outside of the national parks are indicative of the Government of Sarawak's effort in conserving this iconic species and the forest where they live. Under SADA, we will continue to work with all key stakeholders including WWF-Malaysia, in developing a community-based ecotourism model for this area, and to conserve orangutans and their habitats. We are indeed delighted with the camera trap images of orangutans in this area."
 
WWF-Malaysia hopes that this brings equal excitement to all stakeholders who are part of this conservation journey for this area. One of them is the Gunung Lesong Community Based Ecotourism Committee, set-up in 2018 and represented by the communities living here, to promote ecotourism and sustainable livelihood activities.
 
“The committee has encouraged the participation of local communities in conservation related activities that not only protect the environment and orangutans, but also bring income to the people through cultural and tourism activities,” said Dr Victor Luna, the Chairperson of the committee.
 
“The Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak has identified this area as having great potential to be further developed into a successful ecotourism site, but above all, we must sustainably manage and prevent degradation or conversion of orangutan habitats here,” he said.
 
“Gunung Lesong is also my hometown and I envision the people here to pursue sustainable livelihood options such as ecotourism and agroforestry,” he added. 
 
The project to conserve orangutan habitats and implementing communities livelihood activities could not have been carried out by WWF-Malaysia alone without the support of other stakeholders. They include the Resident Office of Sri Aman, District Offices of Pantu and Lingga, Sarawak Forestry Corporation, Forest Department Sarawak, Department of Agriculture, and Land and Survey Department to name a few, which have come together in developing a local zonation plan for the area that incorporates conservation and sustainable development through agroforestry and community livelihood activities. Key to these successes are the local communities of Gunung Lesong who have embraced the concept of co-existence with orangutans and pledging their unwavering support to protect orangutan habitats.
 
In celebration of International Orangutan Day, let us all echo the strong partnerships of all stakeholders in Sarawak in recognising the importance of conserving orangutans. Together possible.
 
Ends.





Perangkap Kamera Merekod Gambar Orangutan di Gunung Lesong

Penemuan tiga individu termasuk seekor anak mengukuhkan usaha untuk melindungi kawasan Gunung Lesong dan sekitarnya dengan lebih baik.
 
Kuching: Dalam perkembangan yang mengembirakan dalam penyelidikan hidupan liar, perangkap kamera yang dipasang oleh WWF-Malaysia telah merekodkan gambar orangutan di hutan Gunung Lesong di bahagian Sri Aman. Ini merupakan peristiwa bersejarah kerana adalah kali pertama gambar perangkap merekod gambar primat ini di kawasan tersebut. Ini menekankan keperluan untuk melindungi hutan-hutan di sekitar Taman Negara Gunung Lesong.
 
Gambar-gambar ini juga membawa berita gembira kepada Sarawak, terutamanya kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha bersama untuk memulihara dan mengurus kawasan tersebut secara lestari sebagai kompleks eko-pelancongan. Kedatangannya pada waktu yang tepat, iaitu menjelang sambutan Hari Orangutan Sedunia yang jatuh pada 19 Ogos setiap tahun.
 
Lukmann Haqeem Alen, seorang pengkaji hidupan liar dari WWF-Malaysia, berkata setelah berbulan-bulan memasang perangkap kamera untuk mendapatkan maklumat tentang hidupan liar di kawasan tersebut, kami sangat gembira melihat gambar orangutan, Pongo pygmaeus pygmaeus, direkod dalam kamera.
 
Beliau menyuarakan kegembiraannya, "Menurut pengetahuan saya, ini adalah kali pertama gambar orangutan berjaya direkodkan menggunakan perangkap kamera di Gunung Lesong. Namun begitu, penduduk tempatan juga melaporkan bahawa mereka pernah melihat orangutan di kawasan ini, terutamanya semasa musim buah. Sebagai contoh, pada Disember 2022, seorang penduduk berjaya merakam video yang dipercayai mengandungi seekor orangutan. Gambar daripada perangkap kamera ini mengesahkan apa yang dinyatakan oleh penduduk tempatan."
 
Beliau menjelaskan, "Kami yakin terdapat tiga individu di Gunung Lesong berdasarkan saiz badan dan ciri muka yang dilihat dalam gambar. Salah satu gambar menarik menunjukkan seekor orangutan betina bersama anaknya, yang memberikan petanda positif bahawa populasi orangutan di Gunung Lesong masih membiak."
 
"Kami masih belum pasti mengapa orangutan-orangutan ini turun ke tanah di kawasan ini. Biasanya, orangutan menghabiskan masa mereka di atas pokok, tetapi kadang-kala mereka turun ke tanah, dan tingkah laku ini juga pernah diperhatikan di tempat lain," tambah Lukmann.
 
Dalam siri gambar perangkap kamera yang menunjukkan orangutan betina bersama anaknya, primat tersebut muncul dari anak sungai berdekatan sebelum memanjat pokok. Orangutan ini mungkin turun mencari air sebelum mencari perlindungan yang lebih selamat di atas pokok.
 
Gunung Lesong terletak pada ketinggian kira-kira 850 meter di atas paras laut. Ia adalah gunung yang dihormati dan dianggap sebagai tempat suci di kalangan masyarakat Iban di kawasan tersebut. Kehadiran orangutan di gunung ini merupakan salah satu faktor Gunung Lesong diwartakan sebagai taman negara pada tahun 2013. Berhampiran dengan kawasan ini, terdapat juga Taman Negara Ulu Sebuyau yang diwartakan pada tahun 2010. Kedua-dua taman negara ini membentuk satu kompleks habitat orangutan yang meliputi tanah komuniti di antara kedua-dua kawasan tersebut.
 
Hal ini mendorong WWF-Malaysia untuk bekerjasama dengan penduduk tempatan dalam memelihara ekosistem yang berharga di Gunung Lesong dan sekitarnya. Salah satu aktiviti utama adalah mengiktiraf Koridor Gunung Lesong-Ulu Sebuyau bagi orangutan, dan memastikan kelestarian hutan-hutan di dalam koridor seluas 389 hektar ini terpelihara, dan memberikan manfaat kepada orangutan untuk bergerak di antara kedua-dua taman negara tersebut.
 
Seiring dengan rancangan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Gunung Lesong dan orangutan memainkan peranan yang penting dalam aspek eko-pelancongan. Menurut Pegawai Pentadbiran Khas Datu Indit Bangai dari SADA, "Kehadiran orangutan, baik di dalam atau di luar taman negara, adalah bukti usaha Kerajaan Sarawak dalam menjaga spesies ikonik ini serta hutan tempat mereka hidup. Di bawah SADA, kami akan terus bekerjasama dengan semua pihak termasuk WWF-Malaysia, dalam membangunkan model eko-pelancongan berasaskan komuniti untuk kawasan ini, serta memulihara orangutan dan habitat mereka. Kami sangat gembira dengan penemuan ini."
 
WWF-Malaysia juga berharap penemuan ini akan membawa kegembiraan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha pelestarian kawasan ini. Salah satu daripadanya adalah Jawatankuasa Eko-pelancongan Berasaskan Komuniti Gunung Lesong (GLCBET), yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan diwakili oleh komuniti-komuniti yang tinggal di sini, untuk mempromosikan eko-pelancongan dan pembangunan pelestarian.
 
"Jawatankuasa ini mendorong komuniti-komuniti tempatan untuk turut serta dalam aktiviti berkaitan pemuliharaan, yang tidak hanya menjaga alam sekitar dan orangutan, tetapi juga memberikan pendapatan sampingan kepada penduduk tempatan melalui aktiviti kebudayaan dan pelancongan," kata Dr. Victor Luna, Pengerusi jawatankuasa tersebut.
 
"Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pertunjukan Sarawak telah mengenal pasti bahawa Gunung Lesong mempunyai potensi besar untuk diterokai sebagai tapak eko-pelancongan yang berjaya. Namun demikian, kita perlu mengurus kawasan ini secara lestari dan mengelakkan kemerosotan atau pengubahsuaian habitat orangutan di sini," katanya.
 
"Gunung Lesong juga merupakan kampung halaman saya, dan saya membayangkan komuniti-komuniti di sini akan memilih pembangunan yang lestari seperti eko-pelancongan dan agroperhutanan," tambahnya.
 
Projek pemuliharaan habitat orangutan dan aktiviti penyaraan komuniti ini tidak akan berjalan dengan baik oleh WWF-Malaysia sendiri tanpa sokongan pihak lain. Ini termasuklah Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Pantu dan Lingga, Perbadanan Hutan Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah dan Ukur, yang bersatu dalam merangka pelan zonasi tempatan bagi kawasan ini yang menggabungkan pemuliharaan dan pembangunan lestari melalui aktiviti-aktiviti agroperhutanan dan penyaraan komuniti. Kunci kejayaan aktiviti-aktiviti ini terletak pada tangan komuniti Gunung Lesong itu sendiri, yang menerima konsep hidup bersama dengan orangutan dan berjanji untuk menyokong perlindungan habitat orangutan.
 
Sempena Hari Orangutan Sedunia, marilah kita sama-sama mengiktiraf kepentingan pemuliharaan orangutan. Bersama, kita boleh.



Share This!

Help us spread the message