The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Semporna Moves Towards Sustainable Yellowfin Tuna Fisheries
This project was initiated due to the importance of the yellowfin tuna fisheries in Semporna, which produces more than 40% of total yellowfin tuna landings in Sabah. A significant number of fishers using fishing rods, particularly from Mabul Island, are not only key contributors to the yellowfin tuna fishery industry, but are also highly dependent on this fishery as their source of income and food.
Located within the Semporna Priority Conservation Area (PCA), the Yellowfin Tuna FIP is a Marine Spatial Planning (MSP) initiative, which is implemented in several countries, including Indonesia, Thailand, the Philippines, Mexico, and the United States. This project is one of 225 FIPs worldwide, and the second in Malaysia after Tun Mustapha Park, Kudat, launched in 2019.
Encik Adam Shah Mohammad highlighted that the project would ensure the sustainability of the yellowfin tuna fisheries and benefit the economy along the supply chain, thus ensuring a more lucrative income for fishers. This idea was supported by the Semporna District Officer in his welcome speech, “Semporna has a vast sea area and is an important tourism destination for Malaysia. As an important resource for tourism, the development of a sustainable fishing industry such as through this project is a good first step towards promoting unique and sustainable seafood.”
The Yellowfin Tuna FIP is governed by 10 stakeholder groups comprising government agencies, research institutes, non-governmental organisations (NGOs), and communities from Mabul Island. Following the preparation of action plans through several coordination meetings since 2018, the project, chaired by the Semporna District Office with support from the Senallang Community Development Leaders Unit (N.65) and Department of Fisheries Sabah, will enter its implementation phase shortly after the launch.
Chitra Devi, WWF-Malaysia Marine Footprint Manager said, “We extend our appreciation to the Semporna District Office, Senallang Community Development Leaders Unit (N.65) and Department of Fisheries Sabah, as well as other stakeholders for their joint efforts to address issues such as illegal, unreported and uncontrolled (IUU) fishing, overfishing, and exploitation of protected marine species.” These efforts will improve living standards of fishers and marine ecosystems found in the 400,000 hectares of marine waters in southern Semporna.
Focused on research activities and traceability development, the Yellowfin Tuna Fisheries Improvement Project is located in the Coral Triangle, which includes the waters of Indonesia, Malaysia, the Philippines, Papua New Guinea, Timor Leste and Solomon Islands. Apart from WWF-Malaysia, the project receives funding from Yayasan Hasanah for activities involving improving the quality of yellowfin tuna, such as the adaptation of freezing processes, and innovations for onboard fish storage systems.

The signing ceremony of the Yellowfin Tuna Fisheries Improvement Project.
Photo © Aarston Friend Dickson / WWF-Malaysia

A project progress presentation by Chitra Devi, Senior Marine Footprint Manager, WWF-Malaysia.
Photo © Aarston Friend Dickson / WWF-Malaysia

A group photo with stakeholders, partners, and participants to mark this joyous occasion.
Photo © Aarston Friend Dickson / WWF-Malaysia

One of our community partners - Women Association of Omadal Island (WAPO) was also present at the ceremony.
Photo © Aarston Friend Dickson / WWF-Malaysia
-End-
Semporna Melangkah Ke Arah Kelestarian Perikanan Tuna Sirip Kuning
Semporna, 30 Jun 2022 - Projek Penambahbaikan Perikanan Tuna Sirip Kuning telah dilancarkan oleh Tn. Adam Shah Mohammad selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.65 Senallang di Dewan Sambili, Hotel Seafest, Semporna baru-baru ini. Majlis pelancaran yang dilaksanakan menjadi simbolik sebagai langkah permulaan untuk melestarikan perikanan tuna sirip kuning di daerah ini.
Projek ini bermula pada peringkat awal berdasarkan kepentingan perikanan tuna sirip kuning daripada Semporna yang mencapai pendaratan lebih 40% daripada jumlah keseluruhan pendaratan tuna sirip kuning di negeri Sabah. Ramai nelayan yang menggunakan pancing sebagai kaedah menangkap ikan khususnya daripada Pulau Mabul bukan sahaja menyumbang tinggi dalam industri perikanan tuna sirip kuning tetapi sangat bergantung tinggi terhadap perikanan ini sebagai sumber pendapatan dan makanan mereka.
Projek ini merupakan salah satu inisiatif perlindungan sumber marin di bawah Pelan Pengurusan Kawasan Pesisir dan Marin (Marine Spatial Planning, MSP) di Kawasan Keutamaan untuk Pemuliharaan (Priority Conservation Area, PCA) di Semporna. Setelah dilaksanakan di beberapa negara lain, termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Mexico, dan Amerika Syarikat, projek ini merupakan salah satu daripada 225 projek yang juga dilaksanakan di seluruh dunia dan menjadi projek kedua yang dilaksanakan di Malaysia selepas dilancarkan di Taman Tun Mustapha, Kudat pada tahun 2019.
Tn. Adam Shah Mohammad memberitahu bahawa projek itu akan memastikan bukan sahaja kelestarian perikanan tuna sirip kuning, tetapi juga bermanfaat untuk meningkatkan ekonomi di sepanjang rantaian bekalan (supply chain), sekaligus menjamin pendapatan nelayan yang lebih lumayan. Kenyataan daripada beliau kemudiannya disokong dari wakil Pejabat Daerah Semporna dalam ucapan alu-aluan, “Sebagai daerah yang mempunyai kawasan laut yang luas dan kini menjadi salah satu destinasi pelancongan di Malaysia, ikan atau makanan laut merupakan sumber yang amat penting dalam industri pelancongan. Pembangunan industri perikanan yang mapan seperti ini merupakan langkah awal yang baik agar industri pelancongan dapat diperkenalkan bersama-sama dengan keistimewaan makanan laut yang datang daripada sumber yang lestari”.
Projek ini di tadbir urus oleh 10 kumpulan pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, institut penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti daripada Pulau Mabul. Lanjutan daripada penyediaan pelan tindakan melalui beberapa mesyuarat koordinasi sejak tahun 2018, projek yang sedang dipengerusikan oleh Pejabat Daerah Semporna yang disokong oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (N.65) Senallang dan Jabatan Perikanan Sabah, akan memasuki fasa pelaksanaannya sejurus selepas majlis pelancaran ini.
Chitra Devi, Pengurus Footprint Marin, WWF-Malaysia berkata, “Kami menghulur penghargaan kepada Pejabat Daerah Semporna, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (N.65) Senallang, dan Jabatan Perikanan Sabah serta pihak berkepentingan yang lain atas usahasama untuk menangani masalah seperti tangkapan ikan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU), tangkapan ikan secara berlebihan, serta masalah seperti ancaman daripada eksploitasi spesies marin yang dilindungi.” Usaha ini akan membantu untuk memberi manfaat kepada peningkatan taraf hidup nelayan dan ekosistem marin yang terdapat dalam 400,000 hektar perairan laut di selatan Semporna.
Terletak dalam Segitiga Terumbu Karang di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timor-Leste, projek ini merangkumi aktiviti kajian, dan pembangunan kebolehkesanan (traceability). Selain WWF-Malaysia, Projek Penambahbaikan Perikanan Tuna sirip kuning ini juga menerima dana daripada Yayasan Hasanah untuk aktiviti yang melibatkan penambahbaikan kualiti tuna sirip kuning seperti adaptasi proses sejuk beku dan inovasi untuk sistem penyimpanan ikan di atas bot.
-Tamat-