What would you like to search for?

Our News

Letter to Editor: Malaysia Bares Fangs against Wildlife Crimes through New Law

Letter to Editor: Malaysia Bares Fangs against Wildlife Crimes through New Law 

29 October 2021, Petaling Jaya: WWF-Malaysia welcomes the unanimous vote in Parliament to pass the Wildlife Conservation (Amendment) Bill 2021, which will pave the way towards stamping out illegal wildlife trade (IWT) and conserving the country’s biodiversity. 

We thank the Dewan Rakyat for passing this law on Tuesday (26 October), which will see heavier penalties meted out against wildlife offenders. We believe that the amendments, which include increasing fines to RM1 million and jail time of up to 15 years, will act as a much-needed deterrent against wildlife crimes. 

It is high time that wildlife poachers and traffickers face the grave consequences of their actions. With less than 200 Malayan tigers left in the wild, urgent action is needed to protect them from extinction. Indeed, the passing of this law marks a monumental milestone towards the protection of this endangered species. 

This move to address the declining tiger population will be further boosted by the formation of the National Conservation Task Force (MyTTF) and the establishment of the Tigers Working Group (TWG). This announcement is especially encouraging for the conservation community, which has been lobbying for such action to be taken for a number of years. WWF-Malaysia was, and will remain a proponent of these measures. We are also prepared to continue lending our support and expertise in this context.

While these new measures may seem to be limited only to tiger conservation, they actually lay down the groundwork for prosecution of other types of crime. The wildlife crime against tigers is not just confined to Malaysian jungles. It is also part of a larger IWT syndicate associated with drug and human trafficking, as well as money laundering. When we counter IWT, we also counter these other crimes. 

Once again, we commend the Ministry of Energy and Natural Resources (KeTSA) for leading the charge against wildlife crimes. These new measures, coupled with stern law enforcement and more boots on the ground, will preserve our endangered species and protect our biodiversity. More importantly, all of us - be it individuals, civil society organisations, businesses and government institutions - need to come together to fight wildlife crimes.

Sophia Lim 
Executive Director and Chief Executive Officer (CEO) 
WWF-Malaysia


- Ends -


Surat Kepada Pengarang: WWF-Malaysia sambut baik kelulusan RUU Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021

29 Oktober 2021, Petaling Jaya: WWF-Malaysia menyambut baik keputusan Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 yang akan membuka jalan untuk mengekang pemerdagangan hidupan liar dan memulihara biodiversiti negara. 

Kami berterima kasih kepada Dewan Rakyat kerana meluluskan RUU berkenaan pada Selasa (26 Oktober), yang menyaksikan peningkatan denda kepada RM1 juta dan tempoh penjara sehingga 15 tahun. Hukuman yang lebih berat ini diharap dapat membantu untuk mencegah jenayah hidupan liar.

Sudah tiba masanya pemburu haram dan penyeludup hidupan liar dikenakan tindakan yang lebih berat untuk jenayah yang dilakukan. Dengan populasi Harimau Malaya kini kurang daripada 200 ekor, tindakan segera diperlukan untuk melindungi Harimau Malaya daripada pupus. Kelulusan RUU ini merupakan satu pencapaian penting yang menyumbang ke arah perlindungan spesies terancam ini. 

Selain itu, kami mengalu-alukan pengumuman kerajaan berkenaan penubuhan ‘National Conservation Task Force’ (MyTTF) dan ‘Tigers Working Group’ (MyTWG) bagi mengatasi masalah penurunan populasi harimau. Pengumuman ini amat menggembirakan komuniti pemuliharaan yang telah melobi selama bertahun-tahun agar tindakan seumpama ini diambil.  WWF-Malaysia bersedia untuk terus memberi sokongan dan menyumbang kepakaran kami bagi memastikan penubuhan MyTTF dan MyTWG mencapai hasratnya. 

Langkah-langkah baru ini mungkin kelihatan terbatas kepada pemuliharaan harimau, namun ia mampu dijadikan kerangka untuk pendakwaan pelbagai kes jenayah lain. Jenayah hidupan liar terutamanya bagi harimau tidak terhad kepada hutan di Malaysia sahaja. Ia juga merupakan sebahagian daripada sindiket pemerdagangan hidupan liar yang dikaitkan dengan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram. Apabila kita melawan pemerdagangan hidupan liar, kita sebenarnya menentang jenayah-jenayah lain juga.

Sekali lagi, kami menghargai usaha yang diterajui oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam membanteras jenayah hidupan liar. Langkah-langkah ini, serta penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan penambahan bilangan pasukan peronda, akan membantu usaha melindungi spesies terancam dan biodiversiti di Malaysia. Mari kita semua bersatu dalam memerangi jenayah hidupan liar.

Sophia Lim  
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif 
WWF-Malaysia


-TAMAT-
 

Share This!

Help us spread the message