What would you like to search for?

Our News

Virtual World Sea Turtle Day 2021 Art Competition

World Sea Turtle Day is celebrated on 16 June each year to highlight sea turtle populations and their importance in the ecosystem as well as provide a platform to raise public awareness about the current issues and threats. This year, we wanted to highlight the importance of ‘Responsible Turtle Tourism’ and we would love to see all your beautiful interpretations of our theme this year through your art.

Terms and Conditions

How to Participate:

Please fill in this participation form and submit your art to us by scanning or taking a good photo of your artwork (JPG, 300 dpi), and then uploading it in the google form by 11:59PM 14 June 2021. 

Rules:
1. Malaysians residing in Malaysia aged above 13 years are eligible to join the Contest with only 1 entry per person. 

2. Members, employees or immediate family of WWF-Malaysia staff, its agents, or anyone else connected to the administration and execution of the Contest may take part in this Contest but they are not eligible to win any prizes.

3. Open to both traditional artworks (e.g., colour pencils, pens and paints) and digital artworks.

Category A: 13 to 17 years old (Hand drawn or painted artwork)
Category B: 18 years old and above (Hand drawn or painted artwork)
Category C: 18 years old and above (Digital artwork)

4. Entries must be submitted in JPG format,300dpi. 

5. Traditional artworks must be scanned in or photographed for submission. Here is an article to help you when you submit your entries; How to Photograph Your Art the Right Way

6. Entries must be submitted via the registration form by 11:59PM 14 June 2021. 

7. By entering the Contest, the Participant indicates that he/she is the sole copyright owner of the material and that this material does not infringe upon any other third party’s rights. Participants who are found to have submitted non-original and non-proprietary drawings or illustrations will be disqualified.

8. The Participant agrees to grant an irrevocable, perpetual, worldwide, non-exclusive license to WWF-Malaysia to reproduce, distribute, display, share and create derivative works of the entries connected with the Contest and the promotion of WWF-Malaysia’s conservation work.

9. WWF-Malaysia will not pay any fees for, nor bear any costs relating to, the entry of the drawing(s) or illustration(s) into the Contest or for their use as described above. Where possible and to the extent feasible, WWF-Malaysia will credit the drawing(s) or illustration(s) as follows when publishing: ©First and last name of entrant / WWF-Malaysia.

10. The organiser reserves the right to change the ‘Terms and Conditions’ at any time without prior notice to the Participants.

11. WWF-Malaysia reserves the right to modify or cancel the Contest or any of the arrangements, schedules, plans or other items directly or indirectly related to the Contest, at any time and for any reason it deems necessary.

Selection Process and Criteria
I. The Contest opens on 27 May 2021 and closes at 11:59 PM 14 June 2021. Entries received after the deadline will not be considered.

II. The drawings and illustrations will be judged based on relevance to the theme (20%), creativity and originality (30%), colour scheme (20%), neatness (20%), and overall impact (10%). 

III. The winner of each age category will be announced on 16 June 2021 through WWF-Malaysia’s Facebook and Instagram accounts. Winners will also be contacted via email.

IV. If any of the selected winners are ineligible, cannot be traced, does not respond within 15 days after the announcement, or refuses the prize, the prize will be forfeited, and it will be in the sole discretion of the WWF-Malaysia Jury to choose whether to award the prize to another eligible entry.

Prizes: 
Exclusive merchandise from WWF-Malaysia 

Disclaimer: Participants below 18 are required to have the consent of their parent or legal custodian. The parent or legal custodian must sign the Subject Release Form and submit it before 14 June 2021 (11:59 PM).


Hari Penyu Sedunia disambut pada 16 Jun setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penyu kepada ekosistem marin dan ancaman-ancaman yang dihadapi. Pada tahun ini, WWF-Malaysia menyambut Hari Penyu Sedunia dengan tema 'Pelancongan Mesra Penyu' dan kami ingin melihat kreativiti anda berdasarkan tema tahun ini melalui karya seni anda.

Terma dan Syarat

Cara Menyertai: 

Isi borang penyertaan ini dan hantarkan karya seni anda kepada kami dengan mengimbas / mengambil gambar seni anda yang bagus (JPG, 300 dpi) dan muat naik dalam borang google sebelum 11:59PM 14 Jun 2021.

Peraturan:
1. Rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia berumur lebih daripada 13 tahun layak menyertai Peraduan ini dengan hanya 1 penyertaan setiap orang.

2. Ahli, pekerja atau keluarga terdekat kakitangan WWF-Malaysia, ejennya, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan Peraduan ini boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ini tetapi tidak layak untuk memenangi sebarang hadiah.

3. Terbuka kepada kedua-dua karya seni tradisional (contohnya, pensel warna, pen dan cat) dan karya seni digital.

Kategori A: Berumur 13 hingga 17 tahun (Karya seni yang dilukis dengan tangan atau dicat)
Kategori B: Berumur 18 tahun ke atas (Karya seni yang dilukis dengan tangan atau dicat)
Kategori C: Berumur 18 tahun ke atas (Karya seni digital)

4. Penyertaan hendaklah dihantar dalam format JPG,300dpi.

5. Karya seni tradisional mesti diimbas atau dimuat naik dalam bentuk gambar untuk penyerahan atas talian. Berikut adalah artikel untuk membantu anda apabila anda ingin menyerahkan karya anda; How to Photograph Your Art the Right Way.

6. Penyertaan mesti dikemukakan melalui borang pendaftaran sebelum 11:59PM 14 Jun 2021.

7. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta membuktikan bahawa dia adalah pemilik hak cipta tunggal bahan tersebut dan tidak melanggar hak mana-mana pihak ketiga yang lain. Penyertaan bagi Peserta yang didapati mengemukakan lukisan atau ilustrasi yang bukan kepunyaan dan hak asal mereka akan dibatalkan.

8. Peserta bersetuju untuk memberikan lesen bukan eksklusif yang tidak boleh ditarik balik, kekal, di seluruh dunia, kepada WWF-Malaysia untuk menghasilkan semula, mengedar, mempamerkan, berkongsi dan mencipta karya terbitan menggunakan karya yang dihantar dalam Peraduan ini untuk tujuan promosi Peraduan ini dan kerja-kerja pemuliharaan WWF-Malaysia.  

9. WWF-Malaysia tidak akan membayar apa-apa yuran, atau menanggung apa-apa kos yang berkaitan dengan, penyertaan lukisan atau ilustrasi ke dalam Peraduan ini atau untuk kegunaan Peserta seperti yang diterangkan di atas. WWF-Malaysia akan sedaya upaya memberikan kredit kepada pencipta asal lukisan atau ilustrasi apabila ia diterbitkan melalui format berikut: ©Nama peserta / WWF-Malaysia.

10. Pihak penganjur berhak mengubah 'Terma dan Syarat' pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Peserta.

11. WWF-Malaysia berhak untuk mengubahsuai atau membatalkan Peraduan ini atau sebarang perkiraan, jadual, rancangan atau barangan lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Peraduan ini, pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab yang difikirkan perlu.

Proses dan Kriteria pemilihan
I. Peraduan ini dibuka pada 27 Mei 2021 dan ditutup pada 11:59 PM 14 June 2021. Penyertaan yang diterima selepas tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan.

II. Lukisan dan ilustrasi akan dinilai berdasarkan kaitan dengan tema (20%), kreativiti dan keaslian (30%), skema warna (20%), kekemasan (20%), dan impak keseluruhan (10%).

III. Pemenang bagi setiap kategori umur akan diumumkan pada 16 Jun 2021 melalui akaun Facebook dan Instagram WWF-Malaysia. Pemenang juga akan dihubungi melalui e-mel.

IV. Jika mana-mana pemenang yang terpilih tidak layak, tidak dapat dijejaki, tidak memberi maklum balas dalam tempoh 15 hari selepas pengumuman, atau menolak hadiah, hadiah akan ditarik semula, dan ia akan mengikut budi bicara Juri WWF-Malaysia untuk memilih sama ada untuk menganugerahkan hadiah tersebut kepada penyertaan lain yang layak atau tidak. 

Hadiah: 
Barangan eksklusif dari WWF-Malaysia

Penafian: Peserta di bawah umur 18 tahun dikehendaki mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka. Ibu bapa atau penjaga mesti menandatangani Borang Pelepasan Subjek dan menyerahkan ia sebelum 14 Jun 2021 (11:59 PM).

Share This!

Help us spread the message