The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Central Asia
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
WWF-Malaysia, CIMB Islamic Bank Dan Kerajaan Negeri Terengganu Berganding Bahu Demi Kelestarian Setiu Wetlands
7 Mac 2020, Setiu, Terengganu – Penganjuran Setiu Wetlands Open Day buat julung kalinya telah berjaya direalisasikan melalui jalinan kerjasama strategik di antara WWF-Malaysia, CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu yang berkenaan. Diadakan selama dua hari dari 7 hingga 8 Mac 2020, Setiu Wetlands Open Day berlangsung di perkarangan Pusat Informasi Pelancongan Kg. Mangkok, Setiu serta beberapa lokasi terpilih di sekitar Kg. Mangkok untuk acara-acara tertentu.
Setiu Wetlands Open Day dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan para pengunjung khususnya masyarakat setempat terhadap kepentingan memelihara dan memulihara Setiu Wetlands sebagai salah satu khazanah alam di Malaysia. Pengisian penting dalam pelbagai acara yang dilaksanakan memberi penekanan kepada elemen kesedaran, pendidikan dan tindakan secara langsung berkaitan pemuliharaan Setiu Wetlands. Ini termasuk aktiviti plogging, penanaman pokok bakau, Wetlands Walk for Fun, Explorace bertemakan alam sekitar dan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), promosi tukar sampah kepada duit (waste to wealth) dan ceramah agama bertajuk manusia dan alam sekitar. Pendekatan ini bukan hanya membangkitkan kesedaran semata-mata tetapi juga disulami penghayatan yang mendalam serta tindakan hands-on. Oleh itu, Setiu Wetlands Open Day ini dijangka dapat mencetus motivasi serta menggerakkan penglibatan dan usaha bersama pelbagai pihak termasuk penduduk setempat ke arah mencapai kelestarian Setiu Wetlands bagi manfaat semua.
Setiu Wetlands Open Day ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu yang menggambarkan kecaknaan pihak kerajaaan negeri terhadap kepentingan Setiu Wetlands sebagai aset penting yang perlu dipulihara dan diurus secara mampan.
Setiu Wetlands Open Day ini merupakan salah satu inisiatif di bawah kerjasama antara WWF-Malaysia dan CIMB Islamic yang dimeterai pada Oktober 2019 melibatkan komitmen dana sebanyak RM1 juta setahun yang diperbaharui setiap tahun untuk tempoh 3 tahun ke hadapan. Kolaborasi ini berkisar pada tema ‘Healthy Wetlands for People and Nature’ tertumpu kepada pengurusan mampan dan holistik di Setiu Wetlands berserta kawasan tadahannya selain peningkatan kesejahteraan dan kelangsungan hidup lestari untuk masyarakat setempat dan di sekitarnya.
Menurut Pn Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, “Pihak WWF-Malaysia amat berbesar hati bekerjasama dengan CIMB Islamic yang tidak asing lagi dari segi kepimpinannya dalam memperjuangkan usaha kelestarian di Malaysia yang merangkumi pemuliharaan alam semula jadi dan pengurangan impak terhadap alam sekitar”. Ujar beliau lagi, “Adalah disasarkan bahawa pelbagai inisiatif yang dirangka di bawah kerjasama dengan CIMB Islamic berupaya menjana kesan positif kepada kelestarian ekonomi dan masyarakat serta persekitaran semulajadi di Setiu Wetlands dan juga seluruh negeri Terengganu.”
Manakala En Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic menjelaskan, “CIMB Islamic akur bahawa penglibatan dan tanggungjawab sosial sektor korporat amat dituntut dalam menjaga dan melindungi alam sekitar. Atas keperihatinan tersebut, pihak bank mengenengahkan akaun Simpanan EcoSave-i sebagai produk simpanan berciri lestari. Keistimewaannya adalah pendeposit yang membuka dan menyimpan wang di dalam akaun ini akan memperolehi pelbagai manfaat, termasuklah 0.2% daripada keseluruhan baki purata portfolio di dalam akaun tersebut akan disalurkan untuk menjayakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti hijau di seluruh Malaysia. Sekiranya lebih ramai yang membuka akaun ini, maka lebih banyak pulangan dana dapat dikumpul untuk memulihara alam sekitar. Usaha yang kami ambil ini sejajar dengan inisiatif Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI) seperti yang diketengahkan oleh Bank Negara Malaysia.”
Majlis Pengurusan Taman Negeri (MPTN) Terengganu berperanan penting sebagai peneraju bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu dalam menggembeling usaha serta penglibatan pelbagai agensi untuk memastikan kejayaan penganjuran program Setiu Wetlands Open Day. Pemilihan Kg. Mangkok sebagai tapak program telah disyorkan oleh MPTN dan dapat membuka peluang untuk mempromosi lokasi ini yang merupakan salah satu daripada pintu masuk ke Taman Negeri Setiu Wetlands.