The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Central Asia
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Masyarakat Jantung Borneo menghasilkan buku Panda CLICK! Warna-Warni Borneo
Buku 200 muka surat ini memaparkan kisah-kisah penduduk yang tinggal di kawasan Hulu Katibas, Song dan Baleh, Bukit Mabong, Sarawak serta mereka yang tinggal di kawasan Hulu Gurung dan Empanang, Kalimantan Barat.
Pegawai Daerah Bukit Mabong, Douglas Pungga merasmikan buku tersebut pada majlis pelancaran di SMA Creative Heritage Innovation Centre. Turut hadir pada majlis itu adalah Pegawai Daerah Hulu Gurung, Kalimantan Barat, Baharrudin, Pegawai Guna Tanah Lestari dan Ekonomi Hijau WWF-Jerman, Hari Arti Khalsa, pemegang amanah WWF-Malaysia, Rewi Bugo dan Robert Basiuk serta Pengarah Pemuliharaan WWF-Malaysia, Dr. Henry Chan.
Bercakap pada majlis tersebut, Douglas berkata buku ini bukan sahaja memaparkan keindahan adat dan budaya penduduk, tetapi juga kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di kawasan itu. Beliau juga menyeru kepada para peserta Panda CLICK! agar meneruskan aktiviti fotografi dalam kawasan kampung mereka.
“Proses ini boleh membantu pihak kerajaan untuk mengetahui perkembangan dan masalah yang berlaku di setiap kawasan,” tambahnya lagi.
Dr. Henry Chan yang turut berucap pada majlis tersebut berkata melalui gambar dan cerita mereka, kita dapat memahami impak yang akan terjadi kepada masyarakat apabila pembangunan semakin mendekati. Impak itu boleh dinilai melalui perubahan yang berlaku pada flora dan fauna serta tradisi mereka.
Selain itu, beliau juga berkata bahawa dokumentasi gambar itu boleh dijadikan sebagai bahan untuk melobi pihak kerajaan dan jabatannya untuk meningkatkan peruntukan tahunan mereka dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan terutamnya apabila melibatkan pembangunan antara sempadan Indonesia dan Malaysia.
“Hanya melalui pembangunan secara lestari, kita dapat memastikan alam semula jadi dan sumber asli boleh dipelihara dan dipulihara untuk kesejahteraan orang ramai dan hidupan liar,” tambahnya lagi.
Pameran gambar juga diadakan berserta dengan pelancaran buku tersebut. Sebanyak 50 hasil gambar daripada peserta Panda CLICK! di Indonesia dan Malaysia dipamerkan pada majlis pelancaran itu.
Pameran gambar itu akan diteruskan di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya bermula pada 19 Disember 2019 sehingga 19 Januari 2020. Pameran ini terbuka kepada orang awam.
Panda CLICK! merupakan sebuah kaedah komunikasi visual untuk mendokumentasi hal yang berkaitan dengan masyarakat dan alam persekitaran mereka. Perkataan Panda digunakan kerana perkataan ini sinonim dengan Tabung Alam Sedunia (WWF) yang menggunakan Panda sebagai logonya manakala CLICK! pula merupakan akronim kepada Communication Learning Towards Innovative Change (Pembelajaran Komunikasi Ke Arah Perubahan Innovatif).
Program yang dijalankan selama hampir 10 bulan di Sarawak menyaksikan 19 peserta mengambil sekitar 20,000 keping gambar yang bertemakan alam sekitar, pengetahuan tradisional, aktiviti seharian, adat dan budaya serta infrastruktur yang terdapat di kawasan mereka. Para peserta juga dilatih untuk bercerita di khalayak ramai berpandukan gambar yang mereka ambil.
Program ini merupakan sebahagian daripada projek Ekonomi Hijau dalam Heart of Borneo (HoB) dan disokong oleh Inisiatif Iklim Antarabangsa, Kementerian Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam Semula Jadi, dan Keselamatan Nuklear dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan Jerman. WWF-Malaysia turut berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak, serta agensi-agensi seperti Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Unit Perancang Negeri Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak dan pejabat-pejabat Residen yang turut bekerjasama dalam menjayakan projek ini.