The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Central Asia
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Bila Kain Rentang Dijadikan Pakaian: “Trashion” uji kreativiti kitar semula sisa pepejal
Pertandingan “Trashion” Kreatif tersebut merupakan salah sebuah aktiviti dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak WWF-Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Setiu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom pada 19 November 2019. Menggabungkan fesyen dan sampah, ia diilhamkan oleh inisiatif ‘Recycle Runaway’ hasil anjuran pereka fesyen dan aktivis alam sekitar di bandar New York, Amerika Syarikat iaitu Nancy Judd. Peserta dalam pertandingan ini dikehendaki menghasilkan dan memperagakan pakaian berkonsepkan 3R dengan kreatif dan ia telah dimenangi oleh adik Nur Qisha Azra binti Zulkifli dari Tadika Kemas Rhu 10 (2).
Sambutan HKSK ini mensasarkan pelbagai golongan hadirin termasuklah agensi kerajaan, kumpulan komuniti tempatan, pelajar sekolah rendah, menengah dan tadika serta mahasiswa. Antara pengisian program yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom adalah:
- Pertandingan ‘Recyclerace’
- Slot Inspirasi Alam
- Pameran oleh WWF-Malaysia, Malayan Rainforest Society, Politeknik Kuala Terengganu,
- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, dan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Meningkatkan rasa tanggungjawab mengenai keperluan pengurusan sisa buangan yang baik melalui usaha pengurangan penggunaan plastik sekali guna (single-use plastics) dan pencemaran sisa pepejal lain di kawasan Tanah Bencah Setiu.
- Memberi pendidikan awal kepada pelajar dan penduduk setempat berkaitan pengasingan sisa buangan dan amalan kitar semula.
- Memupuk semangat kerjasama di kalangan semua pihak yang hadir ke arah usaha perlindungan dan pengurusan mampan Tanah Bencah Setiu.
Program HKSK yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang telah melibatkan seramai 294 peserta dari pelbagai peringkat umur. Pertandingan Recyclerace yang dibuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah merupakan aktiviti bertemakan pengurusan sisa pepejal bersepadu yang menguji tahap kecerdasan dan kecergasan peserta. Juara bagi kategori sekolah rendah ialah Sekolah Rendah Lembah Jaya manakala Sekolah Menengah Sains Setiu (1) merupakan johan bagi kategori sekolah menengah.
Tentang HKSK
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) ini ditetapkan pada 11 November setiap tahun dengan inisiatif daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai landasan kepada masyarakat untuk memahami kepentingan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Selain itu, sambutan ini juga sebagai pemangkin pembudayaan amalan 3R yang merupakan langkah paling penting dan berkesan dalam menguruskan sisa pepejal secara mampan.
Sambutan HKSK ini mengajak masyarakat Malaysia untuk menyedari ancaman dan bahaya pencemaran plastik. Melalui sambutan ini, seluruh masyarakat diseru agar bangkit membanteras pencemaran demi alam sekitar yang terpelihara dan kesihatan yang terjamin di masa hadapan. Sifat produk plastik yang mudah dihasilkan, murah dan penggunaannya yang tinggi telah memangkin penghasilan plastik terutamanya “plastik sekali guna” dalam kadar yang tinggi. Ketika ini hanya 9 peratus daripada 9 billion tan plastik yang dihasilkan di seluruh dunia dikitar semula, manakala sebahagian besar yang lain tidak terurus secara lestari.