What would you like to search for?

Our News

Laporan Prosiding Bengkel Kajian Pemodelan Hidrologi Hutan Simpan Kekal Ulu Muda

Bengkel Kajian Pemodelan Hidrologi Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda telah diadakan pada 25 Oktober 2021, hasil anjuran bersama WWF-Malaysia dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), serta di sokong oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi dapatan daripada Kajian Pemodelan Hidrologi di HSK Ulu Muda yang telah dijalankan oleh WWF-Malaysia dengan kerjasama penyelidik-penyelidik dari UPM dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel ini berjaya mendapat penyertaan dari 25 organisasi mewakili agensi kerajaan negeri Kedah dan Persekutuan, universiti tempatan dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan, dengan jumlah peserta yang mencecah 90 orang. Kajian Pemodelan Hidrologi Hutan Simpan Kekal Ulu Muda yang disokong oleh CIMB Islamic Bank telah berlangsung dari tahun 2018 sehingga tahun 2020. Ia telah menyelidik impak pelbagai aktiviti guna tanah terhadap kualiti dan kuantiti air yang dihasilkan dari HSK Ulu Muda serta kemampuannya dalam menampung keperluan air sehingga tahun 2050. 

Share This!

Help us spread the message