What would you like to search for?

Our News

Letter to Editor: Urgent Need to Manage Human Tiger Conflict

Letter to Editor: Urgent Need to Manage Human Tiger Conflict

10 January 2022, Kuala Lumpur:  WWF-Malaysia is deeply saddened by the recent tragic incident in Kampung Sau, Gua Musang, where Anek bin Along, a 59 year old orang asli villager was attacked and killed by a tiger. We extend our deepest condolences to the family of the deceased. We are also devastated that the tiger had to be shot, despite it being a critically endangered species which we as a nation are committed to protect at all cost. We share our concern for the safety of the villagers, and urge that best practices and necessary steps be taken to avoid further casualty, be it man or beast.  

Unfortunately, incidents of human-tiger conflict (HTC) are not uncommon in tiger range countries. HTC occurs when a wild tiger interacts with humans, their animals or their livestock and this results in an injury or death to a human, livestock or tiger.  

In Russia, two wild tigers responsible for killing three dogs on the outskirts of the town Vyazemskoye, were sedated and successfully relocated to the Utyos Rehabilitation Centre with the support of WWF-Russia and ANO Amur Tiger.  

In Bhutan, human-wildlife conflict is a critical issue where farming communities reside close to protected areas or in reserved forests. Apart from measures such as the use of sound and light repellent and electric fencing, “Safe Systems” is being adopted, to address this issue holistically with strategies that ensure the safety of both humans and wildlife.

In Peninsular Malaysia, our forests are home to less than 200 tigers, yet in recent months, a few from this already dwindling population have ventured out of the forest, closer to human settlements. With increased incidents, there is a real urgency to find a holistic way to address and manage HTC. To do this we must understand the nature of the tiger, the possible causes leading to HTC and expedite necessary solutions. 

Individual tigers require a large territory, and the size of its territory is determined mostly by the availability of prey. Across their range, tigers face unrelenting pressures from poaching, retaliatory killings, and habitat loss. They are forced to compete for space with dense and often growing human populations. 

Tigers are by nature solitary, unless they are courting or a mother with young cubs. Preferring to shy away from humans, the tiger hunts alone, by ambush, waiting for lone, unsuspecting prey. A tiger when threatened or already injured may exhibit more aggression and its natural behaviour is to defend and save itself. 

The solution is to minimize contact between wild tigers and humans, however, as competition for space and habitat increases, this becomes a challenge. It is only a matter of time before its numbers are completely wiped out from the combined threat of poaching, deforestation, habitat loss, lack of natural prey for food, injuries from snares or being hunted, leading to inability to hunt for food in the case of Awang Rasau, increased incidences of human tiger conflict and the threat of disease such as canine distemper.

When we stop threatening the resources required for a self-sustaining ecosystem, the coexistence between human and wildlife can be better managed. So as we work towards increasing our wild tiger numbers, we also need to look at effectively managing HTC, for the safety of the communities that live close to the forest as well as the conservation of the Malayan tiger.  

Year 2021 had closed on a hopeful note with the announcement of the set up of a Wildlife Crime Unit by the Royal Malaysia Police (PDRM).  Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Energy and Natural Resources Minister, had also announced the establishment of a National Tiger Task Force and a Tigers Working Group (TWG) to look at ways to increase tiger population in the wild.  Together with other NGOs, we have advocated for several years to see this achieved, and now we must quickly and relentlessly move forward with the next phase of implementation - the nine strategic actions for the conservation of the species approved by the Cabinet in June 2021. 

The Malayan tiger is already standing precariously close to the brink of extinction. We may be losing tigers faster than they can breed. With fewer tigers, the chances of breeding will be further reduced, and with so few remaining in the wild, the urgency to conserve each and every tiger is so critical. 

In a few weeks, as we usher in the Year of the Tiger, my hope is that every Malaysian will seek to understand the nature and necessary existence of this critically endangered species that is our national icon and its connection to our very own survival.    


Sophia Lim 
Executive Director and Chief Executive Officer (CEO) 
WWF-Malaysia


- Ends -
 
Surat Kepada Pengarang: Tangani Segera Konflik Manusia-Harimau

12 Januari 2022, Kuala Lumpur: WWF-Malaysia berasa amat sedih dan dukacita dengan kejadian yang berlaku di Kampung Sau, Gua Musang, baru-baru ini di mana Anek bin Along, seorang penduduk kampung Orang Asli berusia 59 tahun, telah maut dibaham harimau. Kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa. 

Kami juga menzahirkan rasa kecewa kerana harimau berkenaan terpaksa ditembak mati, walaupun ia merupakan spesies yang sangat terancam. Tindakan ini bercanggah dengan komitmen yang telah diberi oleh Malaysia untuk melindungi spesies ini dengan apa cara sekali pun. Kami amat prihatin terhadap keselamatan penduduk-penduduk kampung, dan menggesa agar tindakan dipercepatkan dan langkah-langkah amalan terbaik diambil segera bagi mengelakkan kejadian kehilangan nyawa serta impak buruk lain, sama ada kepada manusia maupun harimau. 

Malangnya, insiden konflik manusia-harimau bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi negara-negara yang masih lagi mempunyai harimau. Konflik manusia-harimau berlaku apabila harimau liar bertembung dengan manusia atau haiwan ternakan penduduk yang boleh mendatangkan rasa ketakutan, kecederaan atau kematian kepada manusia, haiwan ternakan atau harimau itu sendiri.

Di Rusia, dua ekor harimau liar yang telah membunuh tiga ekor anjing di pinggiran bandar Vyazemskoye, telah dibius dan berjaya dipindahkan ke Pusat Pemulihan Utyos dengan sokongan WWF-Rusia dan ANO Amur Tiger.
Di Bhutan, konflik manusia-harimau merupakan isu kritikal kerana terdapatnya komuniti petani yang tinggal berdekatan dengan kawasan perlindungan atau hutan simpanan. Selain daripada langkah-langkah seperti menggunakan penghalau bunyi dan cahaya serta pagar elektrik, kaedah "Safe Systems” juga digunapakai untuk menangani isu konflik manusia-harimau secara holistik dengan mengambil kira keselamatan manusia dan juga hidupan liar.

Bilangan harimau di hutan Semenanjung Malaysia kini kurang daripada 150 ekor. Namun sejak kebelakangan ini, beberapa insiden telah berlaku di mana harimau mula keluar dari habitatnya dan mendekati kawasan penempatan manusia. Berikutan peningkatan insiden sebegini, adalah sangat penting untuk kita mencari jalan penyelesaian secara holistik dalam menangani masalah konflik manusia-harimau. Untuk berbuat demikian, kita haruslah memahami sifat semulajadi harimau, punca-punca yang boleh menyebabkan berlakunya konflik dan mengambil tindakan penyelesaian dengan segera.

Harimau memerlukan kawasan rayau yang luas, dan keluasan ini biasanya ditentukan oleh populasi mangsa harimau yang terdapat di kawasan tersebut. Di Malaysia dan juga negara-negara lain yang masih lagi mempunyai harimau, spesies ini menghadapi tekanan berterusan daripada pemburuan haram, dibunuh disebabkan konflik dan kehilangan habitat. Di samping itu, mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan ruang dengan populasi manusia yang kian meningkat dan semakin padat.

Harimau secara semulajadinya merupakan haiwan yang hidup bersendirian, melainkan ia adalah harimau betina yang mempunyai anak, ataupun yang sedang mencari pasangan. Spesies ini lebih suka menjauhkan diri daripada manusia dan memburu secara bersendirian dengan menunggu mangsanya sebelum melakukan serang hendap apabila keadaan sesuai. Harimau boleh menjadi lebih agresif apabila diancam atau sudah cedera, kerana reaksi semula jadinya adalah untuk mempertahankan diri.

Apabila kita berhenti mengancam sumber-sumber yang diperlukan untuk ekosistem terus berfungsi dan berada dalam keseimbangan, kewujudan bersama antara manusia dan hidupan liar dapat diurus dengan lebih baik. Dalam usaha kita untuk meningkatkan populasi harimau liar, kita juga perlu mencari jalan untuk menyelesaikan konflik manusia-harimau dengan lebih berkesan, bagi menjamin keselamatan komuniti yang tinggal berdekatan dengan hutan serta kejayaan usaha pemuliharaan harimau Malaya.  

Tahun 2021 telah berakhir dengan penuh harapan berikutan pengumuman penubuhan Unit Jenayah Hidupan Liar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Harimau Kebangsaan dan Kumpulan Kerja Harimau Malaya (TWG) untuk mencari solusi bagi meningkatkan populasi harimau di habitat semulajadi. Bersama-sama dengan NGO lain, WWF-Malaysia telah melobi selama beberapa tahun untuk memastikan matlamat ini tercapai dan kini, kita harus terus bergerak ke hadapan dan melaksanakan fasa seterusnya, iaitu sembilan tindakan strategik untuk pemuliharaan harimau yang telah diluluskan oleh Kabinet pada Jun 2021.  

Harimau Malaya kini berada di ambang kepupusan. Kita mungkin akan kehilangan harimau pada kadar yang lebih cepat daripada kemampuan mereka untuk berkembang biak. Dengan populasi harimau semakin berkurangan, peluang untuk spesies ini membiak turut berkurangan. Oleh itu, sangat kritikal untuk kita melindungi setiap ekor harimau yang terdapat di hutan negara kita. 

Dalam beberapa minggu lagi, kita akan menyambut Tahun Harimau. Harapan saya adalah supaya setiap rakyat Malaysia berusaha untuk memahami sifat dan pentingnya kewujudan harimau, yang juga merupakan ikon negara. Apatah lagi, kewujudan spesies ini berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita sendiri.


Sophia Lim 
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
WWF-Malaysia

 
- Tamat -



 

Share This!

Help us spread the message