The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Letter to Editor: Young Leaders Discuss Malaysia’s Food Systems
When COVID-19 hit our world last year, it exposed the vulnerabilities of our food systems. We experienced the closure of markets because many people were infected. We faced food shortages when the supply chain was disrupted, which in turn impacted market prices. We also witnessed precious food wasted while many people were going hungry. In 2020, between 720 to 811 million people faced hunger - as many as 161 million more than in 2019.
In our own country, SW Corp reported that over 4,000 tonnes of food waste collected is classified as still edible and could be used to provide three meals a day for over 2.9 million people. Food loss and waste add at least 6% of total global greenhouse gas emissions. So imagine how much destruction we are contributing to the planet if this act continues.
The next time you scrape off your unfinished ‘nasi lemak’ into the bin, think of the four months needed for the rice to be planted and harvested. The coconut milk comes from a tree that takes years to grow, and the egg takes months for a chicken to lay. So before you waste any food, think of the processes and energy required to get that dish to your table.
Realizing the need to advocate for a comprehensive and ambitious target on food systems transformation through youth engagement, WWF-Malaysia is putting together a month-long virtual conference called VIBES+ by BB4SCP in August. This generation of youth is the largest in the history of Malaysia, so we encourage them to explore their valuable role in making our food systems more sustainable, resilient, and effective.
They will participate in webinar series, upskilling programmes, community outreach activities, and many other learning opportunities. We are engaging experts from Khazanah Research Institute, Kini Academy, Impact Hub Malaysia, Ministry of Agriculture and Food Industries, Yayasan Generasi Gemilang, and many more partners to share their knowledge with our young leaders.
We hope with a better food system it will support marginalised communities struggling with food security affected by the pandemic. When lockdowns were imposed, the low-income community faced difficulty surviving with no assets to convert into money. So finding ways within the system to feed these families became a priority and an urgent focus too. At the same time, we also observed that costly gadgets required for online classes, imposing a challenging time for learning to progress smoothly. Unfortunately, this may push them into the trap of poverty that will be inherited from generation to generation.
We have less than a decade to achieve the Sustainable Development Goals, so we can’t let this global problem get in our way. WWF-Malaysia is also currently expanding its advocacy scope for sustainable practices in food-related areas such as agriculture, fisheries, and food waste management. We recognize that as an active citizen, energetic group, and essentially, the age group that consumes more than others, young people must be leading the way to improve our food systems.
Sophia Lim
Executive Director/CEO of WWF-Malaysia.
About the conference
VIBES+ by BB4SCP is a spin-off of our Building Bridges for Sustainable Consumption and Production (BB4SCP) youth conference organized by the Education for Sustainable Development Programme, WWF-Malaysia. The webinar series is open to the public. Catch the first one on 3 August 2021 at 8.30 pm on WWF-Malaysia’s Facebook. For more details, visit bb4scp.com and follow our Instagram @wwfmyesd.
*Ends
Golongan Belia Berbincang tentang Isu Sistem Makanan di Malaysia
Tahukah anda bahawa sistem makanan kita yang teridiri daripada pengeluaran, pemerolehan, pemprosesan, pengedaran, penggunaan, dan pelupusan bertanggungjawab terhadap penebangan hutan sebanyak 80%, kehilangan biodiversiti di darat sebanyak 70%, dan 50% di air tawar? Ia juga menghasilkan sekitar 30% daripada jumlah keseluruhan pelepasan gas rumah hijau global. Oleh sebab manusia dan alam sekitar saling berhubung kait, kita harus menilai semula sistem makanan kita.
Ketika wabak COVID-19 melanda dunia tahun lalu, kita dapat menyaksikan kelemahan sistem makanan kita. Sebagai contoh apabila pasaraya ditutup akibat berlakunya jangkitan yang meluas, telah berlaku gangguan rantaian bekalan makanan. Secara tidak langsung, keadaan ini juga telah mempengaruhi harga pasaran. Kita juga digemparkan dengan jumlah bahan makanan terbuang, di mana pada masa yang sama ramai yang kelaparan. Pada tahun 2020, dianggarkan antara 720 juta hingga 811 juta manusia telah mengharungi masalah kelaparan – iaitu penambahan seramai 161 juta berbanding pada tahun 2019.
Mengikut laporan SW Corp lebih daripada 4,000 tan sisa makanan yang dikelaskan sebagai masih boleh dimakan, boleh diagihkan tiga kali sehari untuk lebih dari 2.9 juta rakyat Malaysia. Makanan yang terbuang dan yang dibazirkan menyumbang sekurang-kurangnya 6% daripada jumlah keseluruhan pelepasan gas rumah hijau global. Bayangkan, jika perkara ini berterusan, berapa banyak kemusnahan yang kita sumbangkan kepada planet ini.
Maka setiap kali anda ingin membuang lebihan nasi lemak, ingatlah kepada tempoh empat bulan yang diambil untuk menghasilkan beras. Begitu juga dengan penghasilan santan, yang memerlukan beberapa tahun untuk pokok kelapa membesar dan telur yang memerlukan beberapa bulan untuk dihasilkan. Ingatlah tenaga dan usaha yang dilaburkan untuk membawa hidangan itu ke meja anda.
Menyedari pentingnya keperluan untuk mengetengahkan sasaran yang menyeluruh dalam transformasi sistem makanan dengan kerjasama belia, WWF-Malaysia akan menganjurkan persidangan maya yang dinamakan VIBES+ by BB4SCP sepanjang bulan Ogos. Memandangkan generasi belia masa kini adalah kumpulan yang terbesar dalam sejarah Malaysia, maka kami ingin memupuk mereka untuk memainkan peranan penting membantu sistem makanan yang lestari, kekal berdaya tahan dan efektif.
Melalui persidangan ini, mereka akan mengambil bahagian dalam siri webinar, program peningkatan keupayaan, aktiviti komuniti, dan pelbagai peluang pembelajaran yang lain. Kami telah menjemput para pakar dari Institut Penyelidikan Khazanah, Kini Academy, Impact Hub Malaysia, Kementerian Asas Tani dan Industri Makanan, Yayasan Generasi Gemilang, dan institusi lain untuk berkongsi ilmu dengan pemimpin muda kita.
Kami juga berharap pembentukan sistem makanan yang mantap dapat menyokong masyarakat terpinggir yang bergelut dengan isu bekalan makanan disebabkan oleh pandemik. Semasa sekatan pergerakan penuh dilaksanakan, masyarakat berpendapatan rendah menghadapi kesukaran meneruskan kelangsungan hidup kerana tidak memiliki aset untuk ditukarkan kepada wang. Oleh itu, usaha membekalkan makanan kepada keluarga yang terkesan melalui sistem makanan ini perlu menjadi keutamaan juga. Pada masa yang sama, melalui pengamatan kami, disebabkan kos peranti yang agak mahal, pembelajaran melalui kelas atas talian juga turut terjejas. Malangnya, keadaan ini mungkin mendorong mereka bergelut dengan kemiskinan yang berpanjangan sehingga ke generasi akan datang.
Kurang daripada satu dekad lagi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals, jadi kita tidak boleh membiarkan masalah sistem makanan global ini membantut perkembangan kita. WWF-Malaysia kini memperluaskan skop usaha kelestarian yang berlandaskan makanan melalui penglibatan dalam sektor pertanian, perikanan, dan pengurusan sisa makanan. Belia, seperti yang kami maklum, sebagai golongan yang aktif, bertenaga, dan pada dasarnya, kumpulan terbesar dalam penggunaan sumber kehidupan, berbanding dengan kumpulan lain, harus menjadi tonggak utama dalam usaha melestarikan sistem makanan negara kita.
Sophia Lim
Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi WWF-Malaysia
Mengenai persidangan
VIBES + by BB4SCP juga dikenali sebagai Building Bridges for Sustainable Consumption and Production (BB4SCP) yang dianjurkan oleh Education for Sustainable Development, WWF-Malaysia. Siri webinar persidangan ini terbuka untuk tontonan umum bermula pada 3 Ogos 2021 jam 8.30 malam di Facebook WWF-Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati bb4scp.com dan ikuti Instagram kami @wwfmyesd.