What would you like to search for?

Warna-Warni Borneo Panda CLICK!

Borneo adalah sebuah kepulauan yang kaya dengan biodiversiti dan merupakan tapak terakhir hutan hujan tropika terbesar di Asia. Pulau ini juga merupakan tanah air kepada pelbagai masyarakat di Asia yang mempunyai bahasa, budaya, adat dan tradisi masing-masing.

Borneo dibahagi dan ditadbir oleh tiga negara iaitu, Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Malaysia. Pada tahun 2007, ketiga-tiga kerajaan tersebut telah menandatangani satu pengisytiharan bersama untuk membangun dan memulihara sebahagian besar kawasan dalam Borneo secara mampan. Pengisytiharan ini dikenali sebagai Heart of Borneo (HoB) ataupun Jantung Borneo. Semenjak pengisytiharan HoB, WWF-Indonesia dan WWF-Malaysia bekerjasama dengan ketiga-tiga kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri/wilayah untuk memastikan kawasan HoB sentiasa terjaga agar masyarakat dan alam sekitar dapat wujud dan hidup bersama dengan harmoni.

Buku Panda CLICK! ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program pemuliharaan antara sempadan Kalimantan Barat dan Sarawak yang dipanggil Ekonomi Hijau Dalam Jantung Borneo. Penerbit memutuskan untuk membuat sebuah buku yang menggabungkan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia untuk manfaat pihak berkepentingan di kedua-dua buah negara terutamanya, masyarakat. Hal ini kerana penerbit ingin menggalakan pembaca antara kedua-dua negara untuk saling belajar antara satu sama lain memandangkan bahasa dari dua negara ini tidak jauh berbeza.

Buku ini adalah hasil titik peluh masyarakat di Kapuas Hulu dan Kapit sendiri, dengan bantuan WWF-Indonesia dan WWF-Malaysia. Mereka dengan bersungguh-sungguh telah belajar tentang cara mengambil gambar, dan kemudiannya mengaplikasikan pengetahuan tersebut di kawasan masing-masing. Buku ini mengandungi koleksi gambar-gambar yang diambil oleh masyarakat di Kapuas Hulu dan Sarawak serta kisah-kisah kehidupan seharian mereka.

Read the full publication

Warna-Warni Borneo Panda CLICK!

Share This!

Help us spread the message