What would you like to search for?

© WWF-Malaysia / Christopher Wong

IKRAR HARIMAU MALAYA

JADIKAN HARIMAU MALAYA SEBAGAI AGENDA NEGARA!


Selaras dengan usaha Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, saya berikrar untuk menyokong Kempen Selamatkan Harimau Malaya sebagai simbol kebanggaan dan keberanian yang melengkapkan lambang keramat Jata Negara kita dan juga menjadikan Harimau Malaya sebagai agenda utama negara.

Sehingga hari ini, hanya tinggal kurang daripada 200 ekor Harimau Malaya di negara kita.

Di WWF-Malaysia, kami komited untuk menyelamatkan Harimau Malaya daripada pupus buat selama-lamanya. Ingin sertai kami?

32,077*

WIRA HARIMAU TELAH BERIKRAR

Kami memerlukan lebih ramai wira seperti anda!

*Statistik sehingga 28 Februari 2020

__________

LINDUNGI HARIMAU = LINDUNGI MANUSIA


Pemburuan haram merupakan ancaman terbesar kepada kelangsungan hidup Harimau Malaya yang kini semakin diancam kepupusan. Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada generasi yang hanya melihat Harimau Malaya pupus begitu sahaja.

Harimau adalah salah satu spesies paling ikonik di dunia. Sebagai warisan semula jadi bumi kita, mereka merupakan warisan alam yang telah menjadi sebahagian daripada budaya dan sejarah kita sejak dahulu lagi.

Sebagai pemangsa di peringkat tertinggi (apex predator), Harimau Malaya berfungsi mengawal populasi spesies mangsa dan memberi keseimbangan di dalam ekosistem. Ini bukan sahaja penting kepada hidupan liar secara amnya, malahan kepada manusia secara khusus. Habitat mereka adalah hutan semulajadi, yang mana sangat penting kepada kehidupan manusia sama ada sebagai sumber makanan, bertindak sebagai agen penyerapan karbon dan menyokong ekosistem penting yang lain. Oleh kerana kesan perubahan iklim yang semakin ketara, fungsi hutan semulajadi menjadi semakin penting dalam membekalkan air bersih, udara segar dan mengawal iklim daripada terjadinya cuaca ekstrem seperti kemarau dan ribut.

Sekarang adalah masanya. Dengan melindungi harimau, kita sebenarnya melakukan sesuatu yang lebih besar daripada menyelamatkan spesies tersebut, dan memberi kehidupan yang berkualiti kepada generasi masa hadapan.

__________

KITA MESTI BERTINDAK SEKARANG


Pada tahun 2018, Nepal telah mencipta sejarah dengan kejayaan menggandakan jumlah bilangan harimau mereka. Penubuhan Jawatankuasa Konservasi Harimau Kebangsaan dan Jawatankuasa Penyelaras Kawalan Jenayah Hidupan Liar telah memainkan peranan penting dalam mencapai 365 hari tanpa pemburuan haram terhadap badak sumbu, gajah dan harimau dari tahun 2013 hingga 2014.

Tugas melindungi Harimau Malaya bukan sahaja di bahu pihak kerajaan semata-mata, tetapi ianya memerlukan kerjasama daripada pihak NGO, korporat, masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita dapat memainkan peranan aktif dalam perlindungan dan pemeliharaan Harimau Malaya untuk generasi yang akan datang.

Justeru itu, untuk menjadikan Harimau Malaya sebagai agenda utama negara, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya berikrar untuk memberi komitmen secara aktif dalam usaha perlindungan dan pemuliharaan Harimau Malaya. Saya juga menyokong penuh penubuhan Jawatankuasa Harimau Kebangsaan yang dipengerusikan oleh pemimpin tertinggi Malaysia, supaya keputusan mengenai dasar, peruntukan sumber, penguatkuasaan dan pengurusan tanah dapat membantu perlaksanaan kerja-kerja pemuliharaan Harimau Malaya.

Yang Benar,
Pejuang Harimau Malaya

TANDATANGAN IKRAR

 
* Wajib diisi
Umur *

Dengan mengklik ‘Saya Berikrar’ anda telah bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan WWF-Malaysia dan bersetuju dengan dasar privasi kami. Lihat dasar privasi WWF-Malaysia di sini.


Ikrar di sini jika anda berumur 11 tahun ke bawah

Share This!

Help us spread the message