Apa yang anda ingin cari?

Sebab Kami Memerlukan Dana
© WWF-Malaysia

Untuk menjaga keselamatan harimau Malaya, kami memerlukan pasukan rondaan untuk menjadi mata dan telinga kami di lapangan. Tanpa mereka, harimau kita terdedah kepada ancaman pemburu haram

Kerja pemuliharaan harimau ini menelan belanja sekitar RM5 juta setahun. Kami mengupah hampir 100 individu untuk menjalankan aktiviti pemantauan dan pemerangkapan kamera di seluruh Kompleks Hutan Belum-Temengor. Dana ini membiayai belanja bekalan makanan, peralatan kem, perangkap kamera, dan juga menampung logistik untuk pasukan-pasukan rondaan kami. Dari segi jumlah kakitangan, projek pemuliharaan harimau ini sahaja lebih besar dari keseluruhan NGO pemuliharaan lain di Malaysia, dan kami mungkin merupakan majikan terbesar bagi masyarakat asli di Belum-Temengor.

KETAHUI LEBIH LANJUT mengenai cara sumbangan anda digunakan untuk usaha pemuliharaan dalam Laporan Tahunan kami.