Apa yang anda ingin cari?

MENGAPAKAH KITA PERLU MENYELAMATKAN HARIMAU KITA?

MELINDUNGI HARIMAU = MELINDUNGI MANUSIA

© Shariff Mohamad/ WWF-Malaysia

Harimau adalah salah satu daripada spesies paling ikonik di dunia. Oleh kerana haiwan ini  adalah sebahagian daripada warisan semula jadi planet kita, ia mempunyai kepentingan budaya dan sejarah yang besar.

Sebagai pemangsa puncak, harimau Malaya mengawal populasi spesies mangsa dan ini mengekalkan keseimbangan dalam ekosistem. Ini bukan sahaja penting untuk hidupan liar, tetapi juga untuk manusia. Habitat harimau ini ialah hutan semula jadi dan manusia juga bergantung pada hutan ini, sama ada secara langsung sebagai mata pencarian, atau secara tidak langsung untuk mendapatkan makanan, penyerapan karbon, atau perkhidmatan ekosistem penting yang lain.


Seiring dengan kesan perubahan iklim yang semakin ketara, hutan0hutan semula jadi menjadi semakin penting kerana ia adalah pilihan terbaik kita untuk meningkatkan daya tahan. Ia menyediakan air tawar, udara bersih dan mengawal iklim untuk mengehadkan cuaca ekstrem seperti kemarau dan ribut.


Pemburuan haram adalah ancaman paling mendesak terhadap kelangsungan hidup harimau di alam liar. Kewujudan harimau Malaya kini terancam secara kritikal dan berada di ambang kepupusan. Kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada generasi yang berisiko kehilangan harimau Malaya.

Dengan melindungi harimau, kita melindungi lebih daripada hanya satu spesies. Kita juga turut menjaga kualiti kehidupan kita sendiri, dan kualiti kehidupan generasi akan datang.