Apa yang anda ingin cari?

APAKAH IKRAR HARIMAU?

KITA PERLU BERTINDAK SEKARANG

© National Geographic Stock / Michael Nichols / WWF

Pada tahun 2018, Nepal mencipta sejarah dengan kejayaannya menggandakan bilangan harimaunya. Penubuhan Jawatankuasa Pemuliharaan Harimau Nasional dan Jawatankuasa Koordinasi Pengawalan Jenayah Hidupan Liar di negara ini memainkan peranan penting dalam pencapaian ini, serta dalam mencapai 365 hari tanpa pemburuan haram badak, gajah dan harimau antara 2013 dan 2014.


Akan tetapi, usaha melindungi harimau yang menjadi permata negara kita ini bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ia adalah usaha bersama yang memerlukan kerjasama antara NGO, perniagaan, kerajaan, komuniti tempatan dan rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh memainkan peranan aktif dalam melindungi dan memulihara harimau Malaya kita untuk generasi akan datang.

Oleh itu, untuk menjadikan harimau sebagai keutamaan nasional, kami mengajak semua warganegara Malaysia untuk mengikrarkan komitmen untuk turut serta secara aktif dalam usaha memulihara harimau Malaya. Ikrar ini juga menyeru penubuhan Jawatankuasa Harimau Kebangsaan yang dipengerusikan oleh pihak berkuasa politik tertinggi di negara ini, supaya keputusan eksekutif mengenai dasar, peruntukan sumber, penguatkuasaan dan pengurusan tanah yang memihak kepada pemuliharaan harimau dapat dibuat dan dilaksanakan.