Apa yang anda ingin cari?

ANCAMAN
© WWF-Malaysia/Fong

Pemburuan haram untuk perdagangan komersial haram adalah ancaman terbesar dan paling mendesak terhadap harimau dan hidupan liar lain di Malaysia. Ia diikuti oleh kehilangan dan pemecahan hutan. Penggunaan bahagian tubuh harimau dalam perubatan tradisional Cina telah menjadi salah satu pendorong utama yang telah membawa kepada kepupusan harimau liar. Tiada justifikasi saintifik yang menunjukkan bahawa bahagian tubuh harimau mengandungi khasiat penyembuhan. Situasi pemburuan haram ini kini semakin buruk sehingga perdagangan hidupan liar menjadi komoditi haram ketiga tertinggi di dunia selepas dadah dan senjata.