Apa yang anda ingin cari?

ON BORROWED TIME
© Sharif Mohamad / WWF-Malaysia


Difilemkan oleh pembuat dokumentari Malaysia yang memenangi anugerah, Novista, untuk WWF-Malaysia dan TRAFFIC Asia Tenggara; ' ON BORROWED TIME', yang dilancarkan sempena Hari Harimau Sedunia 2011, menyoroti krisis pemburuan haram di Belum-Temengor dan menyeru agar isu ini dimasukkan ke dalam agenda nasional. Hutan-hutan di utara Perak ini sangat penting untuk pemuliharaan harimau dan spesies terancam lain, namun penyelidikan dan pemantauan oleh WWF-Malaysia dan TRAFFIC Asia Tenggara sejak 2008 telah mendokumentasikan kemusnahan hidupan liar akibat pemburuan haram tanpa henti, dengan sedikit halangan terhadap pemburu haram.

ON BORROWED TIME - Bahasa Malaysia