Apa yang anda ingin cari?

SOKONG EARTH HOUR
8:30 MALAM, 28 MAC 2026

Padamkan lampu dan hulurkan sumbangan: Bantu lindungi hutan dan lautan demi memelihara kesejahteraan serta masa depan yang lestari.

© WWF-Malaysia
EARTH HOUR 2026
UNTUK ALAM. UNTUK KITA. UNTUK MASA HADAPAN.

Sertai kami dalam meraikan ulang tahun ke-20 Earth Hour dengan memadamkan lampu pada hari Sabtu, 28 Mac 2026 dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Bersama-sama, marilah kita menunjukkan komitmen kita untuk melindungi hutan dan lautan serta memelihara kesejahteraan kita demi masa depan yang lestari.

 

1. MENGAPA KITA PERLU MELINDUNGI HUTAN DAN LAUTAN

Lindungi hutan dan lautan untuk:

  • Memelihara bekalan udara bersih, air dan makanan

  • Menjamin sumber semula jadi untuk perniagaan dan kediaman

  • Mengukuhkan benteng semula jadi kita terhadap perubahan iklim

2. KISAH KEJAYAAN

Sokongan bermakna anda telah membolehkan WWF-Malaysia bekerjasama dengan agensi kerajaan dan rakan kolaborasi untuk: 

  • Menanam lebih daripada 430,000 pokok bagi memulihkan kira-kira 2,500 hektar kawasan hutan terosot 

  • Memulihkan lebih daripada 2,000 meter persegi kawasan terumbu karang terosot dengan 2,620 unit rangka karang, melibatkan 22,000 fragmen karang daripada lebih 30 spesies 

  • Memainkan peranan penting dalam penubuhan dan/atau penambahbaikan keberkesanan pengurusan banyak Kawasan Perlindungan, sekali gus menyelamatkan lebih daripada 1 juta hektar hutan dan lautan daripada pelbagai ancaman 

An area in Bukit Piton before (left) and after (right) restoration
© WWF-Malaysia and Ailyn Nau Sidu/ WWF-Malaysia

3. MENGAPA SUMBANGAN ANDA PENTING

  • Hutan kita terancam akibat penebangan hutan yang berpunca daripada pertanian tidak lestari, pembandaran dan pembalakan. 

  • Lautan kita pula terancam akibat pencemaran, penangkapan ikan berlebihan dan pembangunan pesisir pantai yang tidak lestari. 

 

Sumbangan anda akan membantu WWF-Malaysia memulihara hutan dan lautan, serta: 

  • Memelihara udara yang kita hirup, air yang kita minum dan makanan yang kita nikmati 

  • Menjamin sumber semula jadi untuk perniagaan dan kediaman 

  • Mengukuhkan benteng semula jadi kita terhadap perubahan iklim