Apa yang anda ingin cari?

SOKONG EARTH HOUR
8:30 MALAM, 28 MAC 2026

Padamkan lampu dan bantu lindungi hutan serta lautan demi memelihara kesejahteraan dan masa depan yang lestari. Buat ikrar atau hulurkan sumbangan anda di bawah. Terima kasih.

© WWF-Malaysia
EARTH HOUR IKRAR UNTUK ALAM

Sertai kami dalam meraikan ulang tahun ke-20 Earth Hour dengan memadamkan lampu pada hari Sabtu, 28 Mac 2026 dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Bersama-sama, marilah kita tunjukkan komitmen kita untuk melindungi hutan dan lautan, serta memelihara kesejahteraan kita demi masa depan yang lestari.

 

Untuk Alam. Untuk Kita. Untuk Masa Hadapan. 

 

Nota kepada Pemilik Bangunan:
Jika anda memadamkan lampu bangunan anda sebagai tanda sokongan terhadap Earth Hour, sila emelkan butiran syarikat anda serta gambar bangunan sebelum dan semasa lampu dipadamkan ke contactus@wwf.org.my selewat-lewatnya pada Jumaat, 10 April 2026 – untuk dimasukkan dalam “Laporan Penghargaan Earth Hour 2026” yang akan diterbitkan pada 22 Mei sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa.

Terima kasih.

EARTH HOUR INI, LINDUNGI HUTAN DAN LAUTAN UNTUK MEMELIHARA KESEJAHTERAAN DAN MASA DEPAN LESTARI

 

MENGAPA SUMBANGAN ANDA SANGAT PENTING

  • Hutan kita terancam akibat penebangan hutan yang berpunca daripada pertanian tidak lestari, pembandaran dan pembalakan. 

  • Lautan kita pula terancam akibat pencemaran, penangkapan ikan berlebihan dan pembangunan pesisir pantai yang tidak lestari.

 

Sumbangan anda akan membantu WWF-Malaysia memulihara hutan dan lautan, serta: 

  • Memelihara udara yang kita hirup, air yang kita minum dan makanan yang kita nikmati 

  • Menjamin sumber semula jadi untuk perniagaan dan kediaman 

  • Mengukuhkan benteng semula jadi kita terhadap perubahan iklim

 

Ketahui lebih lanjut di sini

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG EARTH HOUR

Terima kasih atas sokongan anda terhadap Earth Hour yang berlangsung jam 8.30 malam, Sabtu, 22 Mac 2025. Baca laporan penuh Penghargaan Earth Hour 2025 di sini.


Muat turun Laporan Penghargaan Earth Hour kami dari tahun-tahun sebelumnya di sini.

 

Webkomik "For A Greener Future"

Ketahui bagaimana anda boleh membantu membina masa depan yang lestari dengan membaca webkomik menarik kami di sini.

Siri Webkomik
© WWF-Malaysia

 

Ketahui lebih lanjut mengenai kajian WWF-Malaysia – BCG mengenai laluan sifar bersih yang optimum untuk Malaysia menjelang tahun 2050.

Terima kasih atas sokongan anda yang amat bermakna.