Apa yang anda ingin cari?

MENYOKONG PERUBAHAN
© Mazidi_Ghani/WWF-Malaysia

Mewujudkan dasar yang sesuai, berkesan dan tepat pada masanya adalah penting untuk memastikan pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan. Kami melibatkan diri dalam urusan campur tangan dasar negara dan isu undang-undang untuk membantu menggalakkan perubahan yang lebih besar dan berjangka panjang.

 

Sebagai contoh, kami percaya bahawa cara terbaik untuk memenuhi keperluan minyak sawit yang semakin meningkat di dunia tanpa menjejaskan hutan dan masyarakat adalah melalui pengeluaran minyak sawit secara lestari. Bersama dengan pihak berkepentingan yang prihatin, WWF-Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), sebuah platform kerjasama untuk pengembangan pengeluaran dan penggunaan minyak sawit lestari.

 

Pasukan dasar WWF-Malaysia menjalankan dan menyelaraskan kerja organisasi dengan mengambil bahagian secara aktif dalam mesyuarat, forum, dialog dan perundingan di peringkat kebangsaan dan negeri mengenai pelbagai perkara berkaitan dasar alam sekitar. Pasukan ini juga berhubung dengan pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

 

Pasukan dasar ini memberi sokongan teknikal kepada bidang kerja WWF-Malaysia yang lain mengenai isu dasar dan memastikan bahawa campur tangan dasar akan memperkukuh baik sasaran dan pencapaian yang dicadangkan bagi setiap projek pemuliharaannya.

 

Pasukan ini menggalakkan dan berusaha untuk menangani isu asas yang mendasari perlindungan alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara bijak dengan menyokong:

 

  • Pelaksanaan penuh semua perjanjian antarabangsa, dasar nasional dan perundangan dalam semua aspek yang berkaitan dengan alam sekitar​

  • Pembangunan rangka kerja kawal selia yang lebih baik, kukuh dan berkesan serta dasar negara yang berkaitan dengan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar​

  • Penguatkuasaan ketat undang-undang dan dasar perlindungan alam sekitar