Apa yang anda ingin cari?

PASUKAN OMNIRAISE
© WWF-Malaysia / Umi Rahman
Omniraise Malaysia adalah agensi pengumpulan dana yang sah untuk WWF-Malaysia.

Ini adalah pemungut dana kami:
 
1
AIMAN YAZIN BIN ZULLKEFLEE
OMMY1957
2
ALYAFIFI BINTI ABU BAKAR
OMMY1615
3
AQIL AUZAIE BIN ABD HALIM
OMMY4038
4
CHONG YAW VUN
OMMY5452
5
DALILA NUR SOFIA BINTI ZAHID
OMMY5243
6
ELLYVEA DANIELLA ADZAMY
OMMY4513
7
EUGENE YU ZHI MING
OMMY1130
8
HAIRUL BIN KHARUDDIN
OMMY5433
9
JAMHUR BIN SAYADI
OMMY2562
10
JOSHUA SHAWN JONAS
OMMY1389
11
LIONEL KESAVAN LAWRENCE
OMMY5426
12
MOHAMAD ADAM IQMAL BIN EDLY
OMMY5122
13
MOHAMAD RIDWAN BIN JULMI
OMMY5453
14
MOHAMMAD AQIB
OMMY5455
15
MOHAMMAD ASHABUL KAHFFI BIN AZIZ
OMMY1765
16
MOHAMMAD SYAFIQ BIN ARIS
OMMY2385
17
MOHD NIZAMMUDDIN BIN ABU BAKAR
OMMY5457
18
MOHD NUR ARIEF BIN MOHD SIDEK
OMMY5458
19
MUHAMAD AIMAN DANI BIN SIRUJI
OMMY2872
20
MUHAMMAD ANAS BIN MOHD ZAHARI
OMMY4001
21
MUHAMMAD ARIFF AIMAN
OMMY4383
22
MUHAMMAD AZZAM ‪‪‪BIN QHAIREEL ANWAR
OMMY4827
23
MUHAMMAD IMAN ZUL HAKIM BIN RASYID
OMMY5232
24
MUHAMMAD MIFZAL MUHAIMIN BIN ZAINI
OMMY5225
25
MUHAMMAD MUAZ BIN MASTOR
OMMY5311
26
MUHAMMAD SYAHMI BIN THALAHA
OMMY5231
27
MUHD SHAHMIEL HAKIM
OMMY4824
28
NAWFAL BIN ZAHARIN
OMMY4749
29
NOR AZIAH NADIAH BINTI AZINUN
OMMY4665
30
NORNABILAH BINTI ROSLIM
OMMY5222
31
NUR ALIFF NAJMI BIN NIZAR
OMMY4751
32
NUR EL ZAFIRAH BINTI NAZARUDDIN
OMMY4158
33
NUR FELICIA JESSIQA AHMAD JAIS
OMMY4929
34
NUR SYAHFIQAH BINTI ROSLAN
OMMY5450
35
NURUL AZLIN SABININ
OMMY3946
36
PANG TZE CHERN
OMMY5456
37
PATHINESHVAR A/L MORGAN
OMMY4909
38
PRAVEEN KARTHIGEYAN A/L SIVADASON
OMMY5359
39
QISTINA BINTI TAJUL AZUAN
OMMY0314
40
RAIMI INDOT BIN SALIM AHMAT INDOT
OMMY4740
41
RISHIKESHWARAN KUMARIKANNAN PERIAKARUPPAN
OMMY5368
42
SAZILAWATI BINTI AJAK
OMMY5451
43
SEAN GOH SHANG EN
OMMY5454
44
SHAYMABHARAATY A/P RAMANI
OMMY5370
45
SIMON PRAVIN PETER
OMMY5310
46
SITI NORSHAZLEEN BINTI HASSAN
OMMY5449
47
WAN AHMAD FARIS BIN WAN MAKHZAN
OMMY5271
Program Pengumpulan Dana Bersemuka – Omniraise

1. Apakah program pengumpulan dana bersemuka ini?

Program ini direka khas untuk orang awam yang berminat untuk menderma dan menyokong usaha pemuliharaan alam semula jadi WWF-Malaysia secara bulanan, setiap 4 bulan, atau tahunan. Usaha pemuliharaan perlu dijalankan dalam tempoh yang panjang agar ia berkesan. Sebagai organisasi bukan untung yang tidak menerima geran tetap, WWF-Malaysia bergantung pada derma untuk melindungi spesies dan kawasan terancam di Malaysia.
 

2. Siapakah yang terlibat dalam program ini?

Terdapat 3 pihak: WWF-Malaysia, Omniraise Malaysia, dan SG Support Services Sdn Bhd.
 

Kami telah melantik Omniraise yang mempromosikan program ini dengan menghantar pasukan kecil pengumpul dana terlatih untuk mempromosikan program pengumpulan dana bersemuka di lokasi-lokasi popular di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan negeri-negeri lain.

SG Support Services Sdn Bhd membantu kami menguruskan kerja pentadbiran program ini.
 

3. Mengapakah WWF menggunakan agensi untuk pengumpulan dana bersemuka?

Walaupun kami ingin menggunakan kakitangan sendiri, kami tidak mampu menanggung kos penubuhan sebuah pasukan yang cukup besar untuk menjalankan program ini. Melalui kerjasama dengan agensi pengumpulan dana, WWF-Malaysia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, kami juga boleh menyalurkan lebih banyak derma anda yang bernilai ke program pemuliharaan kami.
 

4. Mengapakah WWF tidak menggunakan sukarelawan?

Pengumpulan dana bersemuka adalah pekerjaan profesional yang memerlukan komitmen jangka panjang, kerja keras, dan kemahiran khusus. Semua wakil WWF diberi latihan intensif oleh WWF dan Omniraise sebelum mereka memulakan kerja. Walaupun kami amat menghargai para sukarelawan yang memainkan peranan penting dalam aktiviti pengumpulan dana tertentu, komitmen mereka di luar WWF adalah di luar kawalan kami, dan ini menjadikan mereka kurang sesuai untuk program ini.
 

5. Adakah Omniraise menerima komisen daripada sumbangan saya?

Tidak. Omniraise menerima bayaran tetap sebanyak sekali sahaja dari bajet pengumpulan dana yang telah diperuntukkan oleh WWF. Sumbangan anda diterima secara langsung oleh WWF-Malaysia.

6. Apakah yang berlaku kepada dana yang dikumpul?

Dana yang dikumpul digunakan oleh WWF untuk menjalankan kerja lapangan saintifik, pendidikan alam sekitar, kerja dasar bersama kerajaan, dan program komuniti yang membantu pemuliharaan alam.
 

7. Bagaimanakah cara untuk saya memastikan kesahihan wakil?

Semua wakil kami dikehendaki membawa lencana ID mereka. Anda juga boleh menghubungi pasukan WWF-Malaysia secara langsung melalui e-mel di kawan@wwf.org.my atau hotline kami di 1-300-88-99369 untuk pengesahan lanjut dengan memberikan nama penuh dan nombor telefon wakil yang ingin anda sahkan.
 

8. Saya mempunyai maklum balas mengenai wakil WWF. Apakah yang perlu saya lakukan?

Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan. Oleh itu, kami sangat menghargai jika anda boleh menghubungi kami secara langsung (maklumat hubungan WWF di bawah) dengan maklum balas anda mengenai wakil kami. Untuk membolehkan kami menangani maklum balas anda dengan lebih baik, sila berikan maklumat berikut sekiranya boleh:
a. Nama wakil
b. Tarikh dan lokasi pertemuan dengan wakil kami
 

9. Bagaimanakah cara untuk saya membatalkan / menghentikan sumbangan bulanan, setiap 4 bulan, 6 bulan atau tahunan kepada WWF?

Setiap ringgit yang diterima adalah penting untuk melaksanakan kerja pemuliharaan dan kami berharap agar kami terus mendapat sokongan anda. Walau bagaimanapun, jika anda perlu menghentikan sumbangan, anda hanya perlu memberi kami notis bertulis 30 hari sebelum tarikh pemotongan seterusnya. Jika anda tidak dapat meneruskan sokongan kewangan anda kepada WWF, sila hubungi kami supaya kami boleh menasihati anda mengenai cara lain untuk terus membantu kami dalam usaha pemuliharaan.