The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Central Asia
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Siaran Media - Earth Hour: Simbol Komitmen 20 Tahun
28 Mac 2025, Petaling Jaya – Earth Hour telah menjadi acara utama WWF sejak 20 tahun yang lalu, dengan Malaysia menyertai kempen ini pada tahun 2009 melalui acara Lights Off, yang melambangkan komitmen kita terhadap kelestarian dan pemuliharaan alam semula jadi dengan memadamkan semua lampu yang tidak penting selama satu jam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Ia merupakan satu langkah kecil tetapi bermakna ke arah komitmen yang lebih besar untuk menjaga planet kita, sekali gus memberi inspirasi kepada jutaan orang untuk mengambil tindakan melindungi alam sekitar.
Pada tahun 2025, para penyokong dari lebih 118 negara telah bersama-sama menyumbang hampir tiga juta jam, menunjukkan satu semangat serta komitmen terhadap usaha menangani dua krisis besar yang sedang dihadapi planet kita, iaitu perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.
Menurut laporan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) dan Intergovernmental Science-Policy Platform on Biodiversity and Ecosystem Services (IPBES), suhu planet ini telah meningkat kira-kira 1.1°C berbanding paras pra-perindustrian dan berada di landasan untuk melepasi had kenaikan suhu global 1.5°C yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris menjelang tahun 2030. Penemuan ini menekankan keperluan mendesak untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C melebihi paras pra-perindustrian bagi mengelakkan kesan buruk yang lebih besar terhadap manusia dan alam sekitar.
Sehubungan itu, tema Earth Hour WWF-Malaysia bagi tahun 2026, “For Nature, For Us. For What’s Next”, menekankan kuasa tindakan kolektif dan individu dalam melindungi planet kita demi generasi hari ini dan akan datang. Setiap tindakan, walau sekecil mana sekalipun, mampu membawa perubahan. Daripada membuat pilihan harian yang lebih bertanggungjawab hinggalah kepada memperjuangkan perubahan sistemik, setiap usaha memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih berdaya tahan di mana manusia dan alam sekitar dapat hidup dan makmur bersama.
Bagi meraikan Earth Hour 2026, dan buat pertama kalinya sejak tahun 2019, WWF-Malaysia akan menghimpunkan orang awam dalam satu acara berskala lebih besar yang menampilkan Scavenger Hunt, bazar, serta detik simbolik Lights Off pada hari Sabtu, 28 Mac 2026, di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
“Banyak perkembangan telah kita capai sejak penganjuran Earth Hour yang pertama di Sydney, Australia pada tahun 2007,” kata Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia. “Sepanjang dua dekad yang lalu, jutaan orang di seluruh dunia telah bersatu dalam usaha kolektif yang kini dikenali sebagai The Biggest Hour for Earth. Di WWF-Malaysia, kami kekal komited untuk memberi inspirasi dan memperkasakan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari sekali gus bersama-sama menangani cabaran alam sekitar yang dihadapi hari ini.”
Acara Lights Off tersebut turut menampilkan barisan persembahan muzikal secara langsung serta persembahan pentas yang menarik, termasuk Earth Hour Dance for Nature yang menyatukan orang ramai dalam suasana penuh semangat dan meriah.
Kemuncak acara pada malam itu ialah detik simbolik #BiggestHourforEarth, apabila semua lampu yang tidak penting di Piazza, Pavilion Bukit Jalil dipadamkan sebagai tanda solidariti dengan gerakan Earth Hour di seluruh dunia.
Selaras dengan matlamat WWF-Malaysia, Earth Hour memupuk usaha kolektif melalui mobilisasi komuniti global. Tindakan memadamkan lampu yang tidak penting kekal sebagai simbol komitmen kita terhadap planet ini. Ia turut memperkukuh seruan untuk perubahan sistemik yang lebih mendesak, sambil menggalakkan komuniti untuk terus mengambil tindakan kolektif secara berterusan, walaupun selepas satu jam tanpa lampu berakhir.
Melalui Earth Hour, WWF-Malaysia bersama rakyat Malaysia berdiri teguh sebagai bukti kekuatan sebuah gerakan global yang komited untuk melindungi planet bumi kita.
- TAMAT -
Mengenai WWF-Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia adalah sebahagian daripada WWF, iaitu sebuah organisasi pemuliharaan antarabangsa. Berusaha untuk memulihara alam semula jadi demi manfaat manusia dan hidupan liar, usaha pemuliharaan alam oleh WWF-Malaysia memberi tumpuan kepada enam matlamat utama - hutan, lautan, hidupan liar, makanan, iklim dan tenaga, dan air tawar – dan tiga pemacu utama masalah alam sekitar – pasaran, kewangan dan tadbir urus. Misi kami adalah untuk menghentikan kemerosotan alam sekitar semula jadi bumi dan membina masa depan di mana manusia hidup dalam harmoni dengan alam semula jadi.
Dapatkan berita terkini kami di sini:
https://www.wwf.org.my/ms/berita/pusat_media/