Apa yang anda ingin cari?

Our News

Kenyataan Media - Kempen Malaysia, JomPACT! WWF-Malaysia

Pelancaran Kempen Malaysia, JomPACT! - Menangani Plastik Sekali Guna menerusi Belia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perubahan Polisi

 

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
 

27 September 2025, Kuala Lumpur — Malaysia menghasilkan lebih daripada satu juta tan sisa plastik pasca pengguna, menurut laporan WWF-Malaysia pada tahun 2020. Bagi menangani cabaran ini, WWF-Malaysia dengan sokongan Yayasan Hasanah telah melancarkan Malaysia, JomPACT!, sebuah inisiatif peringkat nasional yang memperkasa belia, pihak berkuasa tempatan dan penggubal dasar untuk menerajui usaha menangani pencemaran plastik sekali guna.

Projek ini yang disokong melalui Geran Khas Hasanah oleh Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Kewangan berlandaskan empat tema utama — kesan plastik sekali guna terhadap persekitaran bandar, hubungan antara pencemaran, perubahan iklim dan kesihatan, peralihan kepada gaya hidup lebih lestari, serta peranan kepimpinan belia dalam menggerakkan tindakan alam sekitar. Menjelang 2027, program ini berhasrat untuk melatih golongan belia khususnya di Lembah Klang untuk menerajui projek pengurangan plastik sekali guna, melibatkan serta menyokong dua majlis tempatan dalam membangunkan pelan tindakan berkenaan plastik sekali guna dan menyampaikan cadangan dasar untuk mengukuhkan strategi pengurusan plastik di Malaysia.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
 

Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan tingkah laku dalam kalangan pengguna. Menerusi pembelajaran interaktif, kreativiti dan penglibatan aktif masyarakat, Malaysia, JomPACT! memperkasa generasi muda untuk menerajui usaha dalam menangani pencemaran plastik.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
 

Majlis pelancaran yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai menampilkan sesi perbincangan yang bermanfaat, bengkel interaktif, serta reruai pameran yang mengetengahkan penyelesaian bagi menggantikan plastik sekali guna yang bermasalah.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
 

“Pendidikan adalah teras dalam mengubah tingkah laku penggunaan plastik dalam komuniti. Melalui Malaysia, JomPACT! serta siri kelas induk dan latihan yang bersesuaian untuk belia dan pihak berkuasa tempatan. Inisiatif ini memperkasakan peserta dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menangani pencemaran plastik serta berfungsi sebagai jambatan antara pendidikan alam sekitar dan tindakan komuniti yang berimpak,” kata Pengarah Konservasi Kanan WWF-Malaysia, Dr Henry Chan.

"Yayasan Hasanah sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada usaha kolektif ini. Sebagai usaha bersama, WWF-Malaysia akan bekerjasama secara langsung dengan struktur tadbir urus kami, sambil turut melibatkan dua majlis tempatan untuk membina kapasiti dan mengukuhkan pelan tindakan ke atas plastik sekali guna yang bermasalah dan tidak perlu. Sebagai yayasan berasaskan impak, kami percaya bahawa perubahan yang berkekalan adalah berpaksikan kepada faktor kemampanan serta kelestarian yang meluas. Menerusi pembangunan Kit Alat Tindakan Plastik (PACT) yang komprehensif, inisiatif ini akan memperkasakan majlis tempatan di seluruh Malaysia untuk mencari penyelesaian selain meluaskan impak melangkaui sempadan Lembah Klang, dan mendekatkan kami kepada Malaysia yang lebih bersih, lebih mampan untuk generasi akan datang,” kata Puan Siti Kamariah Ahmad Subki, Pemegang Amanah & Pengarah Urusan Yayasan Hasanah

“Inisiatif ini lebih daripada sekadar Yayasan Hasanah menyokong usaha WWF-Malaysia untuk mengubah tingkah laku terhadap plastik sekali guna. Ia merangkumi pendekatan seluruh masyarakat melalui Malaysia, JomPACT! untuk menangani pencemaran plastik dan mempromosikan amalan lestari di negara ini,” kata Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Pn. Siti Kamariah Ahmad Subki.

© Rahana Husin / WWF-Malaysia
 

Dengan kerjasama berterusan serta penglibatan aktif masyarakat, Malaysia, JomPACT! bukan sahaja menyasarkan pengurangan kebergantungan negara terhadap plastik sekali guna yang bermasalah, malah turut menginspirasikan perubahan tingkah laku jangka panjang yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar global.

Berbekalkan momentum daripada pelancaran ini, kempen JomPact! kini melangkah ke hadapan untuk mencetuskan kesan berantai di seluruh negara — memperkasa rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bertindak mengurangkan penggunaan plastik sekali guna demi sebuah Malaysia yang lebih lestari.


- TAMAT -

 

About Yayasan Hasanah

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) is the impact-based foundation of Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), the sovereign wealth fund of Malaysia. Hasanah was set up as an independent entity on 1 July 2015, building on nine years of Corporate Responsibility (CR) efforts previously driven by Khazanah. As a grant-giving organisation, Hasanah goes beyond ringgit and sen to facilitate an ecosystem of transformation, working in collaboration with multiple stakeholders, infusing a spirit of advocacy and building capacity in five key focus areas: Education; Community Development; Environment; Arts and Public Spaces; and Knowledge. Collectively and collaboratively, Hasanah hopes to shift the needle of social and community reform for Malaysians, towards Advancing Malaysia.

For further information, please visit www.yayasanhasanah.org.


About WWF-Malaysia

Established in 1972, WWF-Malaysia is part of WWF, the international conservation organisation. Working to sustain the natural world for the benefit of people and wildlife, WWF-Malaysia’s efforts to conserve nature focus on six major goals - forests, oceans, wildlife, food, climate and energy, as well as freshwater – and three key drivers of environmental problems – markets, finance and governance. Our mission is to stop the degradation of the earth’s natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

Find our latest news here:

https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/

Bantu kami sebarkan mesej ini