What would you like to search for?

Our News

Jewel of Kedah: Ulu Muda Forest


Photo © Nur Fazrina Mohd Ani / WWF-Malaysia


This 96-page coffee table book highlights the importance, uniqueness and beauty of the Ulu Muda forest Complex, an important water catchment area in Kedah. It features fascinating images and findings from the field compiled by WWF-Malaysia’s Protected Areas team under the Peninsular Malaysia Terrestrial Conservation programme. 

Sprawling over 160,000 hectares, Ulu Muda is an ancient lowland forest which is home to an impressive community of biological diversity. Among others, the book features stunning landscape images of flatlands that flank the Muda river; salt lick areas that are essential to the health of wildlife and awe-inspiring limestone caverns.

Ulu Muda has elements of Thai-Burmese flora as it borders Thailand and is further north than most forests in Peninsular Malaysia. The book displays flora species of various shapes and sizes, including Ulu Muda’s most celebrated resident flora, the mighty Tualang tree. The book also documents a wide variety of resident fauna such as mammals (including Asian elephants and Malayan tapirs), reptiles, birds, insects and more.

Picturesque bodies of water in Ulu Muda and nearby paddy fields captured in the book emphasize the importance of conserving its forests as well as water catchment areas. As a regulatory water source, Ulu Muda ensures continuous water supply to the agricultural, industrial and domestic sectors. Through images of the local communities going about their daily lives, the book illustrates how Ulu Muda not only contributes greatly to the economy of the state and country, but also plays a critical role in local culture and life.

Download the coffee table book, booklet and pamphlet about Ulu Muda below.


Permata Negeri Kedah: Hutan Ulu Muda

Buku mewah setebal 96 muka surat ini menyerlahkan kepentingan, keunikan dan keindahan Kompleks Hutan Ulu Muda, kawasan tadahan air yang penting di Kedah. Ia menampilkan imej dan penemuan menarik dari kerja lapangan yang dikumpul oleh program Konservasi Kawasan Perlindungan Semenanjung Malaysia, WWF-Malaysia.  

Berkeluasan lebih 160,000 hektar, hutan purba tanah pamah ini kaya dengan kepelbagaian biologi yang menakjubkan. Antara lainnya, buku mewah ini menampilkan imej-imej indah dataran rata yang mengapit sungai Muda; kawasan sira garam yang penting untuk kesihatan hidupan liar dan gua batu kapur yang mengagumkan. 

Ulu Muda mempunyai unsur tumbuhan Thai-Burma kerana ia bersempadan dengan negara Thailand dan lebih jauh ke utara berbanding kebanyakan hutan di Semenanjung Malaysia. Dalam buku mewah ini, pembaca dapat melihat flora pelbagai bentuk dan saiz, termasuk pokok Tualang, spesies flora Ulu Muda yang paling dikenali. Buku ini juga mendokumentasikan pelbagai spesies fauna seperti mamalia (termasuk gajah Asia dan tapir Malaya), reptilia, burung, serangga dan banyak lagi. 

Badan-badan air yang indah di Ulu Muda serta kawasan sawah padi berdekatan turut dipaparkan dalam buku mewah untuk menekankan pentingnya usaha pemuliharaan hutan Ulu Muda serta kawasan tadahan airnya. Fungsi pengawalaturan sumber air oleh hutan ini memastikan sumber air yang berterusan bagi sektor pertanian, domestik dan perindustrian. Dengan memaparkan imej-imej masyarakat tempatan menjalani kehidupan seharian mereka, buku mewah ini menggambarkan kepentingan Ulu Muda yang bukan sahaja banyak menyumbang kepada ekonomi negeri dan negara, tetapi juga kepada budaya dan kehidupan masyarakat setempat. 
 
Muat turun buku mewah, buku kecil (booklet) dan risalah mengenai Ulu Muda di bawah.

Share This!

Help us spread the message