The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Central Asia
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Siaran Media Bersama: Perdagangan Dalam Talian Ikan Yu dan Pari Dedahkan Pasaran Lumayan di Malaysia, Bukan Sekadar Sirip
13 November 2025: Kajian bertajuk “From Sea to Screen: Malaysia’s Online Shark and Ray Trade” oleh TRAFFIC Asia Tenggara dan WWF-Malaysia mendedahkan kewujudan pasaran dalam talian yang semakin berkembang dan menguntungkan bagi produk ikan yu dan pari. Kajian ini dijalankan antara Oktober hingga Disember 2022 merekodkan jualan di platform e-dagang utama seperti Facebook, Shopee dan Lazada yang melibatkan sekurang-kurangnya 5.25 juta kilogram produk. Kajian turut menunjukkan corak penggunaan tempatan yang berbeza daripada tanggapan umum — bahawa permintaan tidak hanya tertumpu kepada sirip yu. Sebaliknya, daging segar, kering atau diproses merupakan kategori produk paling tinggi dari segi jumlah, manakala seluruh tubuh haiwan paling kerap dipaparkan dalam iklan jualan.
Ikan yu dan pari memainkan peranan penting sebagai penimbang alam dalam ekosistem marin, membantu mengekalkan keseimbangan dan kesihatan laut. Namun, sifat hidupnya yang perlahan membesar, lambat membiak, dan kurang berzuriat menjadikan spesies ini amat mudah terjejas oleh tekanan penangkapan. Menurut Senarai Merah Spesies Terancam dari Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) , lebih daripada satu pertiga spesies ikan yu dan pari yang telah dinilai kini berdepan risiko kepupusan akibat penangkapan ikan berlebihan dan perdagangan dan penggunaan tidak lestari.
Walaupun hanya sebilangan kecil spesies dapat dikenal pasti dalam iklan jualan, kajian mendapati sebahagian daripadanya termasuk dalam kategori sangat terancam — seperti pari baji, Rhynchobatus australiae (Critically Endangered) dan pari cambuk, Maculabatis spp. (Endangered) — yang diniagakan dalam pasaran dalam talian bernilai lebih RM326 juta (USD70 juta).
Semua spesies ikan yu yang dikenal pasti dan hampir semua spesies pari yang diniagakan berasal dari perairan Malaysia. Namun, tiada yang tersenarai dilindungi secara khusus di bawah Akta Perikanan 1985. Oleh itu, dalam usaha Malaysia meminda akta tersebut, merperluaskan perlindungan - terhadap spesies ikan yu dan pari terancam adalah kritikal untuk menjamin kelangsungan hidup mereka terus dipelihara.
“Penemuan ini membangkitkan kebimbangan kerana ianya menunjukkan spesies ikan yu dan pari yang terancam di perairan Malaysia bukan sahaja tidak dilindungi, malah diniagakan secara aktif dalam talian,” kata Serene Chng, Pengurus Program TRAFFIC Asia Tenggara yang merupakan penulis bersama kajian.
Kajian turut mengenal pasti jurang besar dari segi kebolehkesanan dan akauntabiliti penjual, di mana kebanyakan iklan tidak menyatakan asal-usul produk. Kebolehkesanan — iaitu kebolehan produk dijejak dari tangkapan hingga ke jualan akhir — amat penting untuk mengenal pasti lokasi, kaedah dan spesies yang ditangkap bagi mengelakkan perdagangan haram dan menyokong amalan lestari. Sistem seperti SharkTrace yang menggunakan kod QR untuk menjejak produk ikan yu dan pari boleh membantu mewujudkan perdagangan yang lebih telus dan menyokong tindakan pengurusan serta dasar yang lebih kukuh.
“Pemuliharaan ikan yu dan pari bukan sekadar menyelamatkan spesies tersebut, tetapi juga memastikan kelangsungan kesihatan laut dapat memberi manfaat kepada komuniti pesisir pantai,” kata Serena Adam, Pegawai Kanan Pemuliharaan Marin WWF-Malaysia serta penulis bersama laporan. “Kita semua perlu bersama mengambil langkah untuk tidak memakan ikan yu dan pari, demi kesejahteraan alam dan juga masyarakat.”
Kajian ini menggesa tindakan bersama merentas semua sektor:
-
Kerajaan: Perluaskan perlindungan spesies marin terancam termasuk spesies ikan yu dan pari (Sangat Terancam) di bawah Akta Perikanan 1985 serta perketatkan piawaian pelabelan dan pemantauan perdagangan.
-
Platform e-dagang dan penjual: Nyatakan asal-usul produk dan bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil untuk mempromosikan amalan perdagangan yang bertanggungjawab.
-
Rakyat Malaysia: Tindakan paling berkuasa bermula di meja makan anda — elakkan memakan ikan yu dan pari, demi masa depan laut kita.
- TAMAT -
Mengenai WWF-Malaysia
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) atau Tabung Alam Malaysia merupakan sebahagian daripada rangkaian World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berusaha untuk memastikan kelestarian alam semula jadi bagi manfaat manusia dan hidupan liar. Ditubuhkan pada tahun 1972, WWF-Malaysia mempunyai misi menghentikan degradasi alam semula jadi bumi dan membina masa hadapan yang harmoni untuk manusia dan alam sekitar. Kebanyakan kerja WWF-Malaysia bertumpu kepada enam fokus, iaitu hutan, laut, air tawar, hidupan liar, makanan, serta iklim dan tenaga.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang projek-projek WWF-Malaysia, sila layari laman web kami di
https://www.wwf.org.my/media_and_information/media_centre_and_updates/
Mengenai TRAFFIC
TRAFFIC ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menerajui usaha memastikan perdagangan spesies liar dijalankan secara sah dan lestari demi manfaat alam dan manusia.
Berita terkini kami boleh didapati di:
https://www.traffic.org/news/
Gambar dan bahan rujukan lain:
https://drive.google.com/drive/folders/1UqUOCBsasZzklwPwuB5gCwXxyOxNAzCk?usp=drive_link