The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
Our News
Roar For Life Eco Festival Marks Global Tiger Day 2022
The Eco Festival kicked off on Saturday 30 July at 12 noon with family-friendly activities. Children aged 7 to 12 took part in a tiger-themed contest while youth and older family members joined a Kahoot Quiz on tiger conservation and an ‘Ecosystem Race’, all with WWF-Malaysia merchandise to be won.
The main event, on Sunday 31 July at 4:00pm, was graced by the Secretary General of Energy and Natural Resources Dato’ Hj. Rosli bin Isa. Also attending were key officials of the Royal Malaysia Police, Perhilitan, Perak State Parks Corporation and other key agencies representing the Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT).
Recently completed mini-documentary ‘Securing a Safe Haven for the Malayan Tiger’ also premiered at the main event. Produced by WWF-Malaysia with the support of Maybank, the 20-minute documentary outlines how tiger conservation can be managed and measured against Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) to ensure sustainability.
Maybank Chairman, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa said, “As a corporate organisation with a mission to humanise financial services, we are in a unique position to continue supporting biodiversity conservation efforts. As of today, we are very pleased to see visible outcomes under our tiger protection efforts which is also in line with a key focus area within our sustainability charter under Maybank’s M25 Plan. Our goal is to create value and make a positive, measurable and meaningful impact on society and the environment.”
“The Year of the Tiger in 2022 calls for greater learning and understanding of this majestic national icon. We need more than just a declaration of commitment, but immediate action and stronger collaboration with all agencies, conservation NGOs and Corporate Malaysia. More importantly, we need the support of the public to ensure the Malayan tiger’s survival as a species in the wild,” said WWF-Malaysia Chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
“As a non-governmental organisation, the conservation journey can be a tough road. WWF-Malaysia values our partnership with Maybank and the support of KeTSA, as well as PDRM, Perhilitan, Perak State Parks, TRAFFIC and CA|TS, among others. We would also like to thank all our donors who have helped make an impact, and our event partner Pavilion Bukit Jalil, for supporting the Roar For Life Eco Festival this year,” he added.
Event-goers had the opportunity to shop for eco-wares, and enjoyed seeing the Piazza decked out like a forest with creative paper sculptures of tigers in the midst of green paper foliage. All the sculptures on display are made from Forest Stewardship Council (FSC) certified paper.
Hosted by bubbly emcees Azura Zainal and Jeremy Teo, the Eco Festival culminated with performances by R&B, Pop and Neo soul singer and musician Clinton Jerome, prolific singer-songwriter Zee Avi and the iconic Blues Gang.
During the event, WWF-Malaysia launched 150 limited-edition tiger collectibles made entirely from sustainable and eco-friendly materials, each uniquely customised by Malaysian artists. Tiger-themed sweaters designed by popular Malaysian artist Katun were also launched. The collectibles and sweaters can now be purchased at pandashop.my with proceeds channelled to WWF-Malaysia’s conservation efforts.
Maybank Foundation has had a long standing partnership with WWF-Malaysia, providing support for conservation work and helping create public awareness through various programmes such as documentaries, educational events and art exhibitions to highlight the plight of the declining Malayan tiger population and the avenues available for the public to help stop illegal poaching activities. Maybank Foundation is Maybank’s regional corporate responsibility arm and focuses on six areas of community support namely Education, Community Empowerment, Healthy Living, Arts & Culture, Environmental Diversity & Disaster Relief.
For more information, visit: roarforlife2022.info

(From left) Maybank Group President and CEO, Dato’ Khairussaleh Ramli; Chairman of Maybank Group & Maybank Foundation, Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa; Secretary General of Energy and Natural Resources, Dato’ Hj. Rosli bin Isa; Chairman of WWF-Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar; and WWF-Malaysia Executive Director / CEO Ms Sophia Lim. Photo (c) Rahana Husin/ WWF-Malaysia
Festival Eko ‘Roar for Life’ Sempena Hari Harimau Sedunia 2022
31 Julai 2022, Kuala Lumpur: WWF-Malaysia dengan kerjasama Maybank menganjurkan Festival Eko ‘Roar For Life’ bagi menyambut Hari Harimau Sedunia 2022. Pesta Eko yang diraikan selama dua hari ini, adalah terbuka kepada orang ramai dari 30 sehingga 31 Julai bertempat di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sambutan ini amat dinanti-nantikan kerana buat julung kalinya akan diadakan secara fizikal, berikutan sambutan Hari Harimau Sedunia secara maya selama dua tahun berturut-turut.
Festival Eko ini diraikan dengan sajian aktiviti untuk seisi keluarga bermula dari hari Sabtu, 30 Julai pada jam 12 tengah hari. Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun boleh mengambil bahagian dalam pertandingan melukis bertemakan harimau. Manakala anak remaja, kaum belia dan ahli-ahli keluarga yang lain boleh menyertai Kuiz ‘Kahoot’ berkaitan topik pemuliharaan harimau dan menyertai explorasi ‘Perlumbaan Ekosistem’. Pelbagai hadiah menarik anjuran WWF-Malaysia bagi setiap kategori tersedia untuk dimenangi.
Acara kemuncak adalah pada hari Ahad, 31 Julai bermula daripada jam 4 petang, yang akan dirasmikan oleh Datuk Haji Rosli bin Isa, selaku Ketua Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli (KeTSA). Majlis akan diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai kehormat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Perbadanan Taman Negeri Perak dan lain-lain agensi utama yang mewakili Perikatan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan Malaysia (MYCAT).
Tayangan perdana nasional bagi dokumentari mini ‘Securing a Safe Haven for the Malayan Tiger’ juga berlangsung buat julung kalinya menyusuli acara kemuncak. Siri dokumentari ini adalah hasilan kolaborasi bersama WWF-Malaysia dengan Maybank.
Istimewanya dokumentari selama 20 minit ini mengutarakan perihal tadbir urus dan garis ukur konservasi atau pemuliharaan harimau berdasarkan Conservation Assured Tiger Standards (CA|TS) untuk memastikan kelestarian dalam pengurusan.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata, “Sebagai sebuah organisasi korporat dengan misi untuk memanusiakan perkhidmatan kewangan, kami berada dalam kedudukan unik untuk terus menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti. Setakat hari ini, kami amat berbesar hati dengan output yang terhasil di bawah usaha perlindungan harimau kami yang juga selaras dengan bidang tumpuan utama dalam piagam kemampanan kami di bawah Pelan M25 Maybank. Matlamat kami adalah untuk mencetus nilai dan menjana kesan positif, yang bermakna kepada masyarakat dan alam sekitar.”
“Tahun Harimau pada 2022 memerlukan pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam tentang ikon negara yang megah ini. Kami memerlukan lebih daripada sekadar ungkapan pengisytiharan komitmen, seperti tindakan segera dan kerjasama yang lebih kukuh di antara semua agensi, NGO pemuliharaan dan Korporat Malaysia. Lebih penting lagi, kami memerlukan sokongan orang ramai untuk memertabatkan kemandirian harimau Malaya sebagai spesies alam liar,” kata Pengerusi WWF-Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
“Sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan, perjalanan pemuliharaan agak sukar. Kami, WWF-Malaysia amat menghargai kerjasama bersama Maybank dan sokongan KeTSA, serta PDRM, PERHILITAN, Taman Negeri Perak, TRAFFIC dan selainnya CA|TS. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma kami yang telah bersama membina impak, dan rakan kongsi acara kami Pavilion Bukit Jalil, kerana menyokong Festival Eko ‘Roar For Life’ tahun ini,” tambahnya.
Pengunjung acara berpeluang membeli-belah barangan Eko, menikmati keindahan hiasan dek pentas Piazza ala suasana hutan tropikal memperagakan seni kreatif arca kertas harimau di tengah-tengah replika dedaunan hijau. Semua hasilan arca yang dipamerkan adalah diperbuat daripada kertas yang diperakui Forest Stewardship Council (FSC).
Majlis dimeriahkan oleh juruacara ceria Azura Zainal dan Jeremy Teo. Festival Eko diakhiri dengan persembahan oleh penyanyi R&B, Pop dan Neo soul dan diiringi pemuzik Clinton Jerome, serta alunan nyanyian daripada penyanyi dan penulis lagu terkenal, Zee Avi dan kumpulan Blues Gang yang ikonik.
Sepanjang berlangsungnya festival ini, WWF-Malaysia juga melancarkan 150 koleksi harimau edisi terhad yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan yang lestari dan mesra alam, setiap item direka khas oleh artis-artis Malaysia. Baju sejuk bertema harimau rekaan artis popular Malaysia Katun turut dilancarkan. Koleksi dan baju sejuk kini boleh dibeli di pandashop.my dan segala jualan ini akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan WWF-Malaysia.
Yayasan Maybank telah menjalin kerjasama yang lama bersama WWF-Malaysia, dengan memberikan sokongan jitu dalam kerja-kerja pemuliharaan dan membantu mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai. Usaha yang dijalankan melalui pelbagai program seperti dokumentari, acara pendidikan dan pameran seni demi menumpukan fokus kepada isu populasi harimau Malaya yang semakin berkurangan dan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan derma demi membantu menghentikan aktiviti pemburuan haram. Yayasan Maybank merupakan cabang korporat serantau dalam kumpulan Maybank yang bertanggungjawab membina fokus dalam enam bidang melibatkan sokongan komuniti atau masyarakat melalui Pendidikan, Pemerkasaan Komuniti, Kehidupan Sihat, Seni & Budaya, Kepelbagaian Alam Sekitar & Bantuan Bencana.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: roarforlife2022.info