The WWF is run at a local level by the following offices...
- WWF Global
- Adria
- Argentina
- Armenia
- AsiaPacific
- Australia
- Austria
- Azerbaijan
- Belgium
- Bhutan
- Bolivia
- Borneo
- Brazil
- Bulgaria
- Cambodia
- Cameroon
- Canada
- Caucasus
- Central African Republic
- Central America
- Chile
- China
- Colombia
- Croatia
- Democratic Republic of the Congo
- Denmark
- Ecuador
- European Policy Office
- Finland
- France
Our News
Terengganu Turtle Camp 2022 Anjuran WWF-Malaysia Dengan Kerjasama Pusat Sains & Kreativiti Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar.
Disamping itu, Terengganu Turtle Camp 2022 ini juga turut memberi peluang pembelajaran dan pendedahan secara terus kepada para peserta untuk mengenali haiwan marin ini secara lebih dekat lagi dengan memfokuskan pelbagai aktiviti yang melibatkan komunikasi, alam semulajadi dan kepelbagaian sumber. Antara aktiviti adalah ceramah tentang pengenalan biologi dan sejarah usaha pemuliharaan penyu di Terengganu, mengenali pejuang konservasi penyu daripada wakil komuniti setempat, kembara malam menjejak penyu bertelur, serta kembara hutan Bukit Labohan bagi melihat sendiri keindahan flora dan fauna di sana.
Menurut Encik Mohd Huzairil Nizam Bin Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif PSKT: “Program ini memberi kesedaran mengenai langkah-langkah bagi melindungi penyu dan memulihara ekosistem marin sekaligus mendidik para pelajar untuk mewujudkan kerjasama berpasukan dalam pemuliharaan alam sekitar yang semakin terancam”.
Menurut Puan Sophia Lim, Ketua Pegawai Eksekutif, WWF-Malaysia: “Peserta kem didedahkan kepada kepentingan aspek perlindungan dan pemulihan habitat penyu, dan usaha konservasi yang telah dilaksanakan. WWF-Malaysia berharap pantai dan kawasan tanah pamah Ma’Daerah yang belum diwartakan dapat dilindungi sebagai santuari penyu. Bukit Labohan dan Bukit Tengah juga amat penting untuk dilindungi bagi memastikan kawasan pantai pendaratan penyu kekal sesuai sebagai pantai pendaratan penyu dan terlindung daripada limpahan cahaya daripada industri petrokimia.”
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Encik Ruzaidi bin Mamat berkata selaras dengan pindaan terbaru Enakmen Penyu 1951 yang mula dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2022, telur penyu bagi semua spesies tidak lagi dibenarkan dimiliki oleh mana-mana pihak kecuali bagi tujuan yang dibenarkan sahaja. Setiap kesalahan yang dilakukan di bawah enakmen ini boleh dikenakan denda antara RM50,000.00 sehingga RM250,000.00 atau penjara kurang dari setahun atau kedua-duanya sekali.
Dengan pelaksanaan program seperti Terengganu Turtle Camp ini diharap boleh mendidik masyarakat daripada peringkat akar umbi supaya mencintai dan menghargai khazanah marin ini.
Program Terengganu Turtle Camp yang berkampung di Ma’Daerah dan dijalankan selama tiga hari dua malam ini melibatkan seramai 30 orang peserta terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di Terengganu bersama 10 orang pengiring daripada Universiti Malaysia Terengganu, UITM Kampus Dungun, UITM Kampus Bukit Besi, University College and Terengganu Advanced Technical Institute, Institut Latihan dan Pendidikan RANACO dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu turut serta dalam mengenali lebih dekat tentang kepelbagaian spesies penyu yang terdapat di perairan Terengganu.



