What would you like to search for?

Our News

#CabaranSayangHutan Contest


WWF-Malaysia invites all Malaysians aged five years old and above to participate in the #CabaranSayangHutan Contest. The contest aims to remind people of beautiful forests that we have in Malaysia and spread awareness of the importance of caring for our forests through visual art.

Terms and conditions:
(Note: Please scroll down for the Terms and Conditions in BM)

How to Participate:
1. Watch the Pesona Ulu Muda Video here and think about a forest or a natural place that you love. 
2. Manifest your love through drawings or illustrations. Bonus point if it's Ulu Muda
3. Participate by filling out the registration form 
4. Upload your artwork on your social media such as Facebook or Instagram, caption it and tag @wwfmy @forus.my with hashtags #CabaranSayangHutan #WorldForestDay #WorldWaterDay. Make sure your account is set to public
5. Tag one of your friends to hop on to the challenge
6. Remember to post your artwork by 30 April 2021.

Rules:
1. Malaysians residing in Malaysia aged 5 to 12 years (Children Category) and 13 years and above (Open Category) are eligible to join the Contest with no limit on the number of entries per person. 
2. Members, employees or immediate family of WWF-Malaysia staff, its agents, or anyone else connected to the administration and execution of the Contest may take part in this Contest but they are not eligible to win any prizes.
3. Open to both traditional artworks (e.g., colour pencils, pens and paints) and digital artworks.
4. Entries must be submitted in JPG format and the file must not exceed 100MB. 
5. Traditional artworks must be scanned in or photographed for submission. Here is an article to help you when you submit your entries; How to Photograph Your Art the Right Way
6. Entries must be submitted via the registration form and posted to your Facebook or Instagram accounts before the closing date with hashtags #CabaranSayangHutan #WorldForestDay #WorldWaterDay. @wwfmy and @forusmy must be tagged in the photo.
7. For participants younger than 18 years who do not have their own social media accounts, their entries can be uploaded via the parent/legal custodian’s social media accounts. 
8. By entering the Contest, the Participant indicates that he/she is the sole copyright owner of the material and that this material does not infringe upon any other third party’s rights. Participants who are found to have submitted non-original and non-proprietary drawings or illustrations will be disqualified.
9. The Participant agrees to grant an irrevocable, perpetual, worldwide, non-exclusive license to WWF-Malaysia to reproduce, distribute, display, share and create derivative works of the entries connected with the Contest and the promotion of WWF-Malaysia’s conservation work.
10. WWF-Malaysia will not pay any fees for, nor bear any costs relating to, the entry of the drawing(s) or illustration(s) into the Contest or for their use as described above. Where possible and to the extent feasible, WWF-Malaysia will credit the drawing(s) or illustration(s) as follows when publishing: ©First and last name of entrant / WWF-Malaysia.
11. The organiser reserves the right to change the “Terms and Conditions” at any time without prior notice to the Participants.
12. WWF-Malaysia reserves the right to modify or cancel the Contest or any of the arrangements, schedules, plans or other items directly or indirectly related to the Contest, at any time and for any reason it deems necessary.

Selection Process and Criteria
I. The Contest opens at 12:00 PM 26 March 2021 and closes at 11:59 PM 30 April 2021. Entries received after the deadline will not be considered.
II. The drawings and illustrations will be judged based on relevance to the theme (20%), creativity and originality (30%), colour scheme (20%), neatness (20%), caption (10%) and overall impact (10%). 
III. The winner of each age category will be announced in April 2021 through WWF-Malaysia’s Facebook and Instagram accounts. Winners will also be contacted via email.
IV. If any of the selected winners are ineligible, cannot be traced, does not respond within 15 days after the announcement, or refuses the prize, the prize will be forfeited, and it will be in the sole discretion of the WWF-Malaysia Jury to choose whether to award the prize to another eligible entry.

Prizes: 
Exclusive merchandise from WWF-Malaysia 

Disclaimer: Participants below 18 are required to have the consent of their parent or legal custodian. The parent or legal custodian must sign the Subject Release Form and submit it before 30 April 2021 (11:59 PM).


Peraduan #CabaranSayangHutan 
Terma dan Syarat


Peraduan ini bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang hutan yang indah yang ada di Malaysia dan menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menjaga hutan kita melalui seni visual.

Cara Menyertai: 
1. Tonton Video Pesona Ulu Muda dan fikirkan tentang hutan atau tempat semula jadi yang anda suka.
2. Luahkan rasa cinta anda melalui lukisan atau ilustrasi. Markah bonus jika ia Ulu Muda
3. Daftar penyertaan anda dengan mengisi borang pendaftaran 
4. Muat naik lukisan atau ilustrasi anda di media sosial seperti Facebook atau Instagram, berikan kapsyen bersesuaian, tag @wwfmy @forus.my dan tanda pagar #CabaranSayangHutan #WorldForestDay #WorldWaterDay. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada umum!
5. Tag salah seorang rakan anda untuk menyertai cabaran
6. Diingatkan untuk menghantar penyertaan anda sebelum atau pada 30 April 2021.

Peraturan:
1. Rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia berumur 5 hingga 12 tahun (Kategori Kanak-kanak) dan 13 tahun dan ke atas (Kategori Terbuka) layak menyertai Peraduan ini tanpa had bilangan penyertaan setiap orang.
2. Ahli, pekerja atau keluarga terdekat kakitangan WWF-Malaysia, ejennya, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan Peraduan ini boleh mengambil bahagian dalam Peraduan ini tetapi tidak layak untuk memenangi sebarang hadiah.
3. Terbuka kepada kedua-dua karya seni tradisional (contohnya, pensel warna, pen dan cat) dan karya seni digital.
4. Penyertaan hendaklah dihantar dalam format JPG dan fail tidak boleh melebihi 100MB.
5. Karya seni tradisional mesti diimbas atau dimuat naik dalam bentuk gambar untuk penyerahan atas talian. Berikut adalah artikel untuk membantu anda apabila anda ingin menyerahkan karya anda; How to Photograph Your Art the Right Way.
6. Penyertaan mesti dikemukakan melalui borang pendaftaran dan juga dimuatnaik ke akaun Facebook atau Instagram anda sebelum tarikh tutup dengan meletakkan tanda pagar #CabaranSayangHutan #WorldForestDay #WorldWaterDay dan tag @wwfmy dan @forusmy.
7. Bagi Peserta di bawah umur 18 tahun yang tidak mempunyai akaun media sosial mereka sendiri, penyertaan boleh dimuat naik melalui akaun media sosial ibu bapa/penjaga mereka.
8. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta membuktikan bahawa dia adalah pemilik hak cipta tunggal bahan tersebut dan tidak melanggar hak mana-mana pihak ketiga yang lain. Penyertaan bagi Peserta yang didapati mengemukakan lukisan atau ilustrasi yang bukan kepunyaan dan hak asal mereka akan dibatalkan.
9. Peserta bersetuju untuk memberikan lesen bukan eksklusif yang tidak boleh ditarik balik, kekal, di seluruh dunia, kepada WWF-Malaysia untuk menghasilkan semula, mengedar, mempamerkan, berkongsi dan mencipta karya terbitan menggunakan karya yang dihantar dalam Peraduan ini untuk tujuan promosi Peraduan ini dan kerja-kerja pemuliharaan WWF-Malaysia.  
10. WWF-Malaysia tidak akan membayar apa-apa yuran, atau menanggung apa-apa kos yang berkaitan dengan, penyertaan lukisan atau ilustrasi ke dalam Peraduan ini atau untuk kegunaan Peserta seperti yang diterangkan di atas. WWF-Malaysia akan sedaya upaya memberikan kredit kepada pencipta asal lukisan atau ilustrasi apabila ia diterbitkan melalui format berikut: ©Nama peserta / WWF-Malaysia.
11. Pihak penganjur berhak mengubah "Terma dan Syarat" pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada Peserta.
12. WWF-Malaysia berhak untuk mengubahsuai atau membatalkan Peraduan ini atau sebarang perkiraan, jadual, rancangan atau barangan lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Peraduan ini, pada bila-bila masa dan atas apa jua sebab yang difikirkan perlu.

Proses dan Kriteria pemilihan
I. Peraduan ini dibuka pada 12:00 PM 26 Mac 2021 dan ditutup pada 11:59 PM 30 April 2021. Penyertaan yang diterima selepas tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan.
II. Lukisan dan ilustrasi akan dinilai berdasarkan kaitan dengan tema (20%), kreativiti dan keaslian (30%), skema warna (20%), kekemasan (20%), kapsyen (10%) dan impak keseluruhan (10%).
III. Pemenang bagi setiap kategori umur akan diumumkan pada April 2021 melalui akaun Facebook dan Instagram WWF-Malaysia. Pemenang juga akan dihubungi melalui e-mel.
IV. Jika mana-mana pemenang yang terpilih tidak layak, tidak dapat dijejaki, tidak memberi maklum balas dalam tempoh 15 hari selepas pengumuman, atau menolak hadiah, hadiah akan ditarik semula, dan ia akan mengikut budi bicara Juri WWF-Malaysia untuk memilih sama ada untuk menganugerahkan hadiah tersebut kepada penyertaan lain yang layak atau tidak. 

Hadiah: 
Barangan eksklusif dari WWF-Malaysia

Penafian: Peserta di bawah umur 18 tahun dikehendaki mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga mereka. Ibu bapa atau penjaga mesti menandatangani Borang Pelepasan Subjek dan menyerahkan ia sebelum 30 April 2021 (11:59 PM).
 

Share This!

Help us spread the message